KEMAS VIDEO

Tuesday 31 March 2015

KEMAS DI SEMARAK SASTERA DBP 2015


GEDONG : Penglibatan beberapa buah TABIKA KEMAS Batang Sadong yang terpilih sekaligus memenangi acara pertandingan mewarna dan tarian tradisional kanak-kanak telah menyerikan lagi program Semarak Sastera 2015 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sarawak yag telah diadakan bermula 26 Mac 2015 dan berakhir pada 29 Mac 2015 bertempat di Kampung Gedong. Pelbagai acara pertandingan pelbagai kategori dan beberapa persembahan telah diadakan melibatkan beberapa agensi-agensi kerajaan termasuk juga penglibatan daripada masyarakat setempat.


 PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL


PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK




IBU BAPA KANAK-KANAK TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN PERTANDINGAN MEWARNA
 PERSEMBAHAN PEMENANG 



Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Naroden B Hj Majais ADUN N.21 Simunjan pada 25 Mac 2015 manakala majlis penangguhan dan penyampaian hadiah pada 29 Mac 2015 disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Kamaruddin Affendi selaku Setiausaha Politik Yang Berhormat Parlimen sekaligus mewakili Yang Berhormat Hajah Nancy Hj Shukri.

PENYAMPAIAN HADIAH 




Antara tetamu yang hadir pada majlis penangguhan ialah Yang Berbahagia Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Pemanca, Yang Berbahagia Penghulu Gedong serta ketua-ketua dan wakil jabatan dan juga ketua-ketua masyarakat berdekatan.


PERJUMPAAN BULANAN KEMAS DAERAH SIMUNJAN (Batang Sadong) 2015


BATANG SADONG : Perjumpaan bulanan kakitangan KEMAS Daerah Simunjan Batang Sadong pada kali ini telah diadakan mengikut zon iaitu Zon Sadong Jaya pada 27 Mac 2015 (Jumaat) bertempat di Bangunan TABIKA KEMAS Kampung Pelandok Laut. Manakala bagi Zon Simunjan/Gedong pula bermula pada 30 Mac 2015 (Isnin) di Dewan Masyarakat Kampung Gedong. Dua siri perjumpaan ini diadakan pada sebelah petang bermula sekitar jam 2.00 petang dan berkahir pada jam 5.30 petang.

Antara lain pengisian perjumpaan pada kali ini adalah untuk mendengar beberapa amanat daripada Yang Berbahagia Encik Abdul Kadir B Drim selaku Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Batang Sadong merangkumi urustadbir pejabat, kewangan dan aset dan sedikit sebanyak berkenaan dengan tatanegara. Turut diperpanjangkan oleh beliau ialah beberapa input yang diamanahkan daripada Yang Berbahagia Dato Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan juga daripada Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia. Selain daripada itu, beberapa makluman juga berkenaan gerakkerja terdekat turut dikongsi bersama oleh penyelia-penyelia pelbagai jurusan dan unit.

Perjumpaan kali ini turut disertai oleh Pemaju Masyarakat Khas yang baru menerima perlantikan untuk berkhidmat di Pejabat KEMAS Batang Sadong dan juga dua orang pelatih SPAK TABIKA KEMAS.

ZON SADONG JAYA









ZON SIMUNJAN/GEDONG




#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri perjumpaan kali ini dan mengharapkan amanat yang telah disampaikan dapat dihayati dan diimplimentasikan di peringkat kawasan masing-masing.