KEMAS VIDEO

Saturday 5 April 2014

KURSUS "MOT" INSPIRASI DAKWAH KEMAS BINA INSAN MALAYSIA


Kuantan : Seramai 78 orang terdiri daripada Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan Malaysia yang terpilih telah mengikuti Kursus Inspirasi Dakwah KEMAS Malaysia yang mana telah diadakan bermula 31 Mac hingga 3 April 2014 bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuantan Pahang. Kursus yang telah diadakan ini merupakan siri 1 dan rentetan daripada itu (berdasarkan perancangan) akan disusuli dengan siri 2, 3 dan 4. High Step Consultant merupakan agensi pemudah cara dan sebagai fasilitator sepenuhnya dalam program ini di bawah kelolaan Yang Berbahagia Ustaz Elyas Ismail. Turut sama dalam slot aktiviti iaitu Encik Fazly UNIC personaliti TV Al Hijrah. 

Ustaz Elyas Ismail dari High Step Consultant
(Penampilan Media : Tanyalah Ustaz - TV9, Bismillah - TV3, Muhasabah Diri - TV Al Hijrah)

Fazli UNIC 
(Personaliti TV Al Hijrah, Pengarah Urusan UNIC Production)

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan tentang kaedah teori sebagai pendakwah yang berinspirasi. Ini merupakan lanjutan program kursus pendakwah magnetik yang lepas di mana lebih memberi fokus kepada praktikal berdakwah di hadapan audian maupun depan kamera. Selain daripada itu, kursus ini juga adalah sebagai jalan perintis dalam mewujudkan group master trainers Unit Bina KEMAS Malaysia seterusnya sebagai "Key Personal" di peringkat negeri untuk semua warga Bina Insan di negeri masing-masing. Antara lain matlamat kursus ialah agar mampu memberi pendekatan dakwah di kalangan warga Bina Insan secara lebih efektif dan berkesan serta diterimapakai oleh semua peringkat golongan kumpulan sasar.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengetua ILK Kuantan Pahang dan turut hadir Penolong Pengarah Bina Insan KEMAS Malaysia

Terima kasih kepada Bina Insan KEMAS Putrajaya atas penganjuran kursus tersebut. Terutama kepada barisan urusetia diketuai oleh Encik Mohd Shahrul Syafiq B Daud (Pegawai Operasi Bina Insan KEMAS Malaysia)

# Lagi gambar aktiviti DI SINI

p/s Berpeluang bertegur sapa bersama peserta SPAK (TASKA) dari Parlimen Batang Sadong Simunjan