KEMAS VIDEO

Tuesday 4 August 2015

RAMAH TAMAH AIDILFITRI 1436/2015


KUCHING : 2 Ogos 2015

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1436/2015  bersama anggota KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Penview Inn pada hari Ahad 2 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436 dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Naroden B Hj Majais, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Simujan.


Antara objektif pelaksanaan majlis tersebut :

1. Memupuk semangat jaringan kerjasama berpasukan di kalangan anggota KEMAS khususnya ke arah semangat kesepaduan dalam mencapai organisasi cemerlang
2. Mengeratkan ikatan silaturrahim antara anggota bersama ketua jabatan juga kepada agensi kerajaan yang lain sekaligus kepada pemimpin-pemimpin tempatan 
3. Menyampaikan penghargaan khidmat bakti kepada anggota KEMAS yang sedang dan telah berkhidmat. 

Turut hadir pada majlis tersebut :

1. Yang Berhormat Ir. Aidel Hj Lariwoo 
Ahli Dewan Undangan Negeri N.20 Sadong Jaya

2. Yang Berbahagia Tuan Abang Rabaee Bin Abang Muhi 
Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak

3. Yang Berbahagia Encik Yaman Madian
Penyelia Kanan KEMAS P.201 Batang Lupar

Ucapan Amanat Yang Berhormat Datuk Mohd Hj Naroden B Hj Majais

Ucapan yang Berbahagia Pengarah KEMAS Sarawak

Ucapan Yang Berusaha Pengerusi Pengelola

Bacaan Doa

Dalam majlis tersebut juga diadakan penyampaian cenderahati kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang lalu. Seramai 8 orang penerima APC yang lepas iaitu :

1. Encik Abdul Kadir B Drim (Penyelia Kanan)
2. Puan Noor Zuraidah Bt Abdul Kadir (Penyelia Pendidikan Masyarakat)
3. Puan Mok Isah Bt Jemari (Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Fungsian)
4. Puan Jamaliah Bt Sinong (Pemaju Masyarakat TABIKA)
5. Puan Eles Bt Abang Nen (Pemaju Masyarakat TABIKA)
6. Puan Rukiah Bt Chee (Pemaju Masyarakat TABIKA)
7. Puan Amalina Bt Bujang Narawai (Pemaju Masyarakat TABIKA)
8. Cik Sylvia Carol George Jamu (Pemaju Masyarakat TASKA)

Salah seorang penerima APC 

Tidak ketinggalan juga cenderahati Jasamu Dikenang kepada 2 orang anggota yang telah berpindah tempat bertugas iaitu :

1. Puan Christina Ak Jaly 
Pemaju Masyarakat TABIKA

2. Encik Ahmad Tarmimi Bin Sajali
Pemaju Masyarakat Perhubungan dan Pembangunan Desa

Salah seorang penerima Jasamu Dikenang






#KEMASBS mengucapka tahniah dan Selamat HariRaya