KEMAS VIDEO

Monday 26 May 2014

BENGKEL DWI BULANAN BINA INSAN ZON 2



KOTA SAMARAHAN, 26 MEI 2014

Bengkel Dwi Bulanan Unit Bina Insan Zon 2 Samarahan melibatkan 4 parlimen iaitu Batang Lupar, Batang Sadong, Serian dan Kota Samarahan yang mana merupakan satu aktiviti bulanan Unit Bina Insan telah diadakan Di Kelas Bina Insan Kpg Meranek, Samarahan.
Bengkel yang diadakan ini melibatkan penyelia dan pemaju masyarakat Bina Insan dari 4 parlimen, antara lainnya membincangkan permasalahan diperingkat kelas samada dari sudut metod pengajaran dan pembelajaran mahupun penambahbaikkan unit tersebut dari segi personel juga secara holistik di peringkat zon 2.



Dalam pada itu juga isu masalah berbangkit dari peserta khususnya dan masyarakat secara amnya turut dibincangkan dan kaedah menanganinya dibincangkn juga bersama.
Bengkel yang diadakan ini akan diteruskan secara berkala pada setiap bulan sekaligus memenuhi hasrat dan juga objektif jabatan diperingkat negeri mahupun diperingkat ibu pejabat Putrajaya.


MESYUARAT KAKITANGAN DAN SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2014


KUCHING, 25 MEI2014

Mesyuarat kakitangan KEMAS Daerah Simunjan, Batang Sadong telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Mei 2014 bermula jam 100 ptg, bertempat di Royalist 2 Hall, Regency Rajah Court Kuching.
Mesyuarat yang melibatkan seramai 71 orang termasuk 7 orang penyelia dan selebihnya merupakan pemaju dan pembantu masyarakat telah dipengerusikan oleh En Abdul Kadir Drim, selaku Penyelia Kanan Parlimen.
Antara agenda yang dibentangkan adalah tugas yang perlu dititikberatkan dan dipertinggkatkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu beberapa amanat daripada Dato Ketua Pengarah dan juga Pengarah KEMAS Negeri turut disampaikan oleh beliau. Pembentangan dan pelaporan daripada penyelia pelbagai unit untuk suku tahun per-1 dan ke-2 turut diadakan.


Sebelum itu, pada sebelah paginya, satu majlis Sambutan Hari Pendidik 2014 khusus pada warga KEMAS Batang Sadong telah diadakan sekaligus antara objektifnya memberi penghargaan kepada semua kakitangan sepanjang menjalankan tugas dan juga mengeratkan silaturrahmi antara satu sama lain. Dalam pada itu juga, penghargaan kepada penerima APC 2009-2013 turut diadakan khusus utk peringkat parlimen. Simbolik Sambutan Hari Pendidik 2014 dengan acara memotong kek sambutan serta deklamasi sajak juga disisipkan dalam program tersebut selain sesi bergambar bersama untuk semua yang hadir.



Turut menyerikan sepanjang program tersebut iaitu Yang Berhormat Ir. Aidel Lariwoo ADUN N.20 Sadong Jaya dan juga wakil pengarah KEMAS negeri, En. Azrul Aidi Philip Abdullah.