KEMAS VIDEO

Thursday 29 May 2014

PLOT 2 : HARI GURU & HARI IBU

Sepertimana pada posting yang lepas, berhubung dengan Sambutan Hari Ibu sekaligus Hari Guru peringkat kelas di Kelas Bina Insan Sageng Hulu, Simunjan (KLIK DI SINI), kelas-kelas aktiviti KEMAS kawasan Sadong Jaya juga tidak ketinggalan dalam menyempurnakan majlis sambutan tersebut demi mengukuhkan silaturrahmi antara peserta kelas khususnya dan masyarakat setempat amnya.


KELAS PLF KPG ULU SEMERA


Antara kelas aktiviti KEMAS yang turut melaksanakan program tersebut adalah Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Kpg. Ulu Semera. Majlis tersebut telah dilaksanakan pada 26 Mei 2014 yang lepas bertempat di Dewan Masyarakat Kpg. Ulu Semera. Seramai 60 orang yang telah hadir terdiri daripada peserta kelas serta penduduk kampung yang berdekatan. Pelbagai pengisian yang diadakan antaranya, deklamasi sajak oleh peserta kelas, persembahan koir, memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan dan juga acara bertandak dan bergendang. Turut sama hadir Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Batang Sadong




KELAS PLF KPG SUNGAI BILIS


Pada 27 Mei 2014, keesokan harinya, sambutan program turut diadakan bertempat di Kpg Bilis. Antara pengisian program ceramah keibubapaan, pertukaran hadiah antara peserta kelas dan disusuli jamuan kepada semua yang hadir.


KELAS BINA INSAN, KPG RANGAWAN


Seterusnya pada 28 Mei 2014, berpusat di Pusat Sumber Kpg Rangawan, majlis yang serupa turut dilaksanakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Bina Insan Kpg Rangawan bersama peserta-peserta kelas Bina Insan Kpg Rangawan. Aktiviti sempena program turut diadakan diantaranya tazkirah ringkas tentang Konsep, Peranan Ibu dan Guru seterusnya sesi komunikasi pengucapan awam secara dasar oleh peserta kelas. Pertukaran hadiah dikalangan peserta juga turut diadakan sebagai tanda kenangan untuk peserta itu sendiri. Turut hadir Penyelia Bina Insan Batang Sadong juga Pemaju Masyarakat Pusat Sumber Kpg Rangawan.