KEMAS VIDEO

Sunday 24 August 2014

MAJLIS JALINAN UKHWAH AIDILFITRI UNIT BINA INSAN ZON 2 SAMARAHAN 2014

Kehadiran Tetamu Kehormat

KPG. MERANEK, KOTA SAMARAHAN : 20 OGOS 2014

Unit Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan, julung-julung kalinya mengadakan Majlis Jalinan Ukhwah bersempena Syawal 143H telah berjaya menghimpunkan warga Kelas Bina Insan KEMAS Zon 2, Samarahan yang merangkumi empat parlimen iaitu KEMAS Parlimen Kota Samarahan, Serian, Batang Sadong termasuk juga Batang Lupar. Majlis ini telah diadakan bertempat di Dewan Sri Nor, Kpg. Meranek, Kota Samarahan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga ke tengahari. Unit Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan secara keseluruhannya mempunyai warga peserta Bina Insan seramai lebih kurang 689 orang untuk 31 buah kelas bagi keempat-empat parlimen tersebut. Dan pada majlis ini, sebanyak 24 buah kelas telah turut serta dengan anggaran kehadiran peserta seramai 200 orang. 


Ucapan Amanat Yang Berbahagia Tuan Residen

Ucapan Yang Berbahagia Wakil Jabatan KEMAS Negeri

Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola

Bacaan Doa Oleh Ustaz Samawi Bin Said, Penyelia Bina Insan Serian

Tetamu kehormat Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Sebli Bin Senusi, Tuan Residen Bahagian Samarahan telah hadir sekaligus menyampaikan amanat dan merasmikan majlis pada hari tersebut. Turut hadir yang Berbahagia Ustaz Ismail Maharop, Pegawai Khas Unit Bina Insan KEMAS Negeri Sarawak, Encik Abduraya Bin Abd Ghafor selaku Pegawai KEMAS Daerah Kota Samarahan, Puan Sariah Bt Alus, Penyelia Kanan KEMAS Kota Samarahan, ayahanda Pemanca dan penghulu, Ketua Ranting PBB juga Pengerusi Komuniti Kpg Meranek, dan beberapa orang pegawai masjid kampung tersebut. Kehadiran pengerusi-pengerusi dan jawatankuasa kelas serta anggota Unit Bina Insan Zon 1 Kuching dan juga sebahagian warga KEMAS Kota Samarahan turut menyerikan program tersebut. Pengerusi Pengelola Encik Abdul Syahid Bin Haji Abdul Rahman merangkap Penyelaras Unit Bina Insan Zon 2 selaku Penyelia Bina Insan Batang Sadong meyakini dan mengharapkan dokongan dari semua pihak terutama warga Bina Insan agar program peringkat zon seperti ini dapat diteruskan dan insyaallah dapat dilaksanakan mengikut giliran, sesuai dengan lokasi kelas-kelas Bina Insan yang ada mengikut parlimen.





Persiapan sebelah pagi

Antara objektif program adalah :

1. Menghargai peserta-peserta Kelas Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan
2. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara warga Bina Insan Khasnya dan warga 
    KEMAS amnya
3. Menjalinkan hubungan antara warga KEMAS bersama pemimpian setempat
4. Mengeratkan silaturrahmi antara peserta-peserta Kelas Bina insan dari pelbagai tempat dalam Bahagian 
    Samarahan


 Menunggu majlis bermula

 Ustaz Nazri, Pemaju Masyarakat Bina Insan Kota Samarahan sebagai pengacara majlis



Khusyuk mendengar ucapan amanat

 Gimik aidilfitri : Memotong lemanng


 Jemputan terbaik

Cenderahati kenangan untuk Yang Berbahagia Tuan Residen


Jamuan aidilfitri


Peserta berkongsi pengalaman




Sebahagian peserta kelas merakamkan gambar kenangan

Penglibatan Kelas Bina Insan pada majlis kali ini terdiri daripada :

1.Kelas Bina Insan Kpg.Plaie, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
2.Kelas Bina Insan Kpg.Niup, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
3.Kelas Bina Insan Kpg.Endap, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
4.Kelas Bina Insan Kpg.Meranek, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
5.Kelas Bina Insan Kpg.Pinang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
6.Kelas Bina Insan Kpg.Parang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
7.Kelas Bina Insan Kpg.Pengkalan Kuap, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
8.Kelas Bina Insan Kpg.Tanjung Bundong, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
9.Kelas Bina Insan Kpg.Sindang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
10.Kelas Bina Insan Kpg.Raeh, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
11.Kelas Bina Insan Kpg.Tanjung Tuang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
12.Kelas Bina Insan Kpg.Beliong, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
13.Kelas Bina Insan Kpg.Tebakang A, Serian (Serian)
14.Kelas Bina Insan Kpg.Tebakang B, Serian (Serian)
15.Kelas Bina Insan Kpg.Sageng Ulu, Simunjan (Batang Sadong)
16.Kelas Bina Insan Kpg.Sageng Hilir, Simunjan (Batang Sadong)
17.Kelas Bina Insan Kpg.Hijrah, Simunjan (Batang Sadong)
18.Kelas Bina Insan Kpg.Kelka, Simunjan (Batang Sadong)
19.Kelas Bina Insan Kpg.Nanas A, Simunjan (Batang Sadong)
20.Kelas Bina Insan Kpg.Nanas B, Simunjan (Batang Sadong)
21.Kelas Bina Insan Kpg.Rangawan Ulu, Sadong Jaya (Batang Sadong)
22.Kelas Bina Insan Kpg.Rangawan Masjid, Sadong Jaya (Batang Sadong)
23.Kelas Bina Insan Kpg.Bilis, Sadong Jaya (Batang Sadong)
24.Kelas Bina Insan Kpg.Pelandok Laut, Sadong Jaya (Batang Sadong)




Terima kasih sahabat

Lagi lebih banyak galeri foto  Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Zon 2 Samarahan 2014,     "credit" daripada Abang Naim KLIK DI SINI Terima kasih untuk Abang Naim :-)

Saturday 23 August 2014

PLOT 3 : HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT PARLIMEN BATANG SADONG 2014

YBM menerima cenderahati kenangan daripada Pengerusi Pengelola. turat kelihatan Pemanca Tuan Haji Shara Bin Enai


                           Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola              Ucapan Amanat YBM
                                         (cc : Abg Naim)                                 (cc : Abg Naim)

SIMUNJAN : 16 Ogos 2014
Susulan daripada artikel yang lepas (sila klik DI SINI), Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Peringkat Parlimen Batang Sadong (Daerah Simunjan) telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 9.00 pagi hingga ke tengahari. Program tersebut yang telah diadakan bertempat di Dewan Mesra Simunjan, menampilkan bakat kanak-kanak TABIKA bermula dari peringkat umur 4 tahun hingga ke 6 tahun daripada 40 buah TABIKA yang meliputi DUN Sadong Jaya dan DUN Simunjan dalam Parlimen Batang Sadong juga telah dirasmikan penangguhannya pada sebelah petang, oleh Yang Berhormat Menteri Hajah Nancy Haj Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong. Turut sama dalam majlis tersebut Pengerusi Pengelola Encik Abdul Kadir Bin Drim selaku Ketua Jabatan KEMAS Daerah Simunjan dan Pemanca Tuan Hj Shara Bin Enai. Jemputan lain terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan dan Ngos's, ketua-ketua masyarakat tempatan serta ketua-ketua parti. 
Suasana penonton dalam Dewan Mesra (Acara Pentas)

Suasana penonton dalam Dewan Mesra (Acara Pentas)

Suasana penonton dalam Masjid Al Ansari, Kpg. Kelka (Acara tilawah dan terjemahan)

Acara pertandingan yang telah diadakan telah menampilkan johan-johan dari TABIKA seperti di bawah sekaligus akan mewakili parlimen Batang Sadong untuk Hari Potensi Peringkat Zon yang akan diadakan di Sarikei pada 4 hingga 6 September 2014 nanti:
          
                             Salah seorang peserta tilawah         Jemaah hakim acara tilawah dan terjemahan

1. Keputusan Johan Tilawah Quran dan Terjemahan (Ayat Lazim)
Lelaki : TABIKA Kpg. Tengah, Gedong
Perempuan : TABIKA Kpg. Semera Lot, Sadong Jaya

 
                                                     Acara Pidato (cc : Abg Naim)            
2. Keputusan Johan Pidato  
Lelaki : TABIKA Kpg. Semera Hilir, Sadong Jaya
Perempuan : TABIKA Kpg. Sadong Jaya Ulu, Sadong Jaya
                                                      Acara Story Telling (cc : Abg Naim)

3. Keputusan Johan Story Telling  
Lelaki : TABIKA Kpg. Pelandok Laut, Sadong Jaya
Perempuan : TABIKA Kpg. Rangawan, Sadong Jaya

                                                                       Acara Bercerita 

                                Jemaah hakim acara pidato, bercerita, story telling dan boneka tangan
                                                                       (cc : Abg Naim)

4. Keputusan Johan Bercerita
Lelaki : TABIKA Kpg. Ulu Semera, Sadong Jaya
Perempuan : TABIKA Kpg. Sadong Jaya A, Sadong Jaya

  Acara Rekacipta

                                                              Jemaah hakim acara rekacipta

5. Keputusan Johan Rekacipta : TABIKA Kpg. Sual, Simunjan

                                                                      Acara Nasyid

6. Keputusan Johan Nasyid : TABIKA Kpg. Nanas A, Simunjan

                                                                        Acara Tarian

7. Keputusan Johan Tarian : TABIKA Kpg. Nanas C, Simunjan

8. Keputusan Johan Boneka Tangan : TABIKA Kpg. Kanchong, Gedong

9. Kompang Formasi : TABIKA Kpg. Sadong Jaya A & TABIKA Kpg. Pelandok Laut

Antara panel hakim yang telah menghakimi acara pertandingan pada program tersebut terdiri daripada :

1. Tilawah Quran dan Terjemahan (Ayat Lazim) 

1.1 Ustaz Mohammad Kamaluddin Bin Abdul Kadir (Sadong Jaya)
1.2 Ustaz Mohammad Khairul Ikram Bin Mohd Amin (JAIS Samarahan)
1.3 Ustazah Fasihah Bt Arpa (SK Dato Mohd Musa, Muara Tuang, Kota Samarahan)

2. Pidato,Story Telling,Bercerita, Boneka Tangan
2.1 Encik Hamlet Bin Joli (Simunjan)
2.2 Encik Khalik Bin Marzuki (Simunjan)
2.3 Cikgu Asmalina (SK Merakai, Serian)

3. Rekacipta
3.1 Encik Junaidi Bin Shebli (Simunjan)
3.2 Encik Kipli Bin Tupong (Simunjan)
3.3 Encik Abg Naim Bin Abg Pouzi (Simunjan)

4. Tarian
4.1 Cikgu Babang ak Endusin (SMK Asajaya)
4.2 Cikgu Hamsiah Bt Lazim (SMK Gedong)
4.3 Cik Memey (Simunjan)

Pada majlis tersebut Yang Berhormat Menteri telah menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pemenang juga kepada jemaah hakim yang telah menghakimi acara pertandingan sekaligus menyampaikan sumbangan geran berjumlah RM5,000 bagi pengendalian sepanjang program potensi berlangsung.

 
   Sumbangan geran daripada YBM

   Cenderahati kenangan untuk YBM

 
                                       Penyampaian cenderahati kepada hakim (cc : Abg Naim)


                                      Penyampaian hadiah kepada pemenang (cc : Abg Naim)

Jawatankuasa pengelola merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Jabatan Penerangan Simunjan, Majlis Daerah Simunjan, Jabatan RELA Simunjan, Barisan jemaah Hakim, dan semua ahli jawatankuasa kerja program, anggota KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong), semua warga KEMAS Batang Sadong, Ibu bapa/ penjaga kanak-kanak TABIKA, serta semua yang telah terlibat dalam menjayakan program samada secara langsung mahupun tidak langsung. TERIMA KASIH

Lagi lebih banyak galeri foto  Potensi TABIKA KEMAS Peringkat Parlimen Batang Sadong,     "credit" daripada Abang Naim : KLIK DI SINI  dan DI SINI Terima kasih untuk Abang Naim :-)

Sidak bejual time potensi

si Rosdi dengan balo mpuan hakhahka...

lapar..... ilek makan-makan lok...timak kasih kitak org.... :) :)