KEMAS VIDEO

Wednesday 6 August 2014

PLOT 2 : HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2014, PERINGKAT PARLIMEN BATANG SADONG


Susulan daripada mesyuarat yang lepas (rujuk artikel : DISINI) Potensi TABIKA KEMAS Peringkat Parlimen Batang Sadong pada kali ini akan menampilkan bakat dan kebolehan kanak-kanak TABIKA KEMAS dalam pelbagai acara pertandingan. Antaranya ialah :

1. Tilawah Quran dan Terjemahan (Ayat Lazim) Kategori lelaki dan perempuan
2. Pidato  Kategori lelaki dan perempuan
3. Story Telling  Kategori lelaki dan perempuan
4. Bercerita  Kategori lelaki dan perempuan
5. Boneka Tangan
6. Rekacipta
7. Nasyid
8. Tarian

Penyertaan adalah terdiri daripada kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Batang Sadong, merangkumi dari DUN Simunjan (Simunjan, Gedong) dan DUN Sadong Jaya (Sadong Jaya).

Acara program pertandingan dan penangguhan majlis akan diadakan sebagaimana keterangan di bawah :

A : Majlis Pertandingan 

Tarikh : 16 Ogos 2014
Hari : Sabtu
Bermula jam : 8.00 pagi

Lokasi : Dewan Mesra Simunjan
1. Pidato  
2. Story Telling  
3. Bercerita 
4. Boneka Tangan
5. Rekacipta
6. Nasyid
7. Tarian

Lokasi : Masjid Kampung Kelka
1. Tilawah Quran dan Terjemahan (Ayat Lazim) 

B : Majlis Penangguhan : 

Tarikh : 16 Ogos 2014
Hari : Sabtu
Bermula jam : 2.00 petang
Lokasi : Dewan Mesra Simunjan

Jemputan Tetamu Kehormat :

1. Yang Berhormat Menteri Hajah Nancy Hj Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong

2. Yang Berhormat Datuk Haji Naroden Hj Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Pembangunan Usahawan dan Perancangan Sumber), merangkap ADUN Simunjan

3. Yang Berhormat Ir Aidel Hj Lariwoo, ADUN Sadong Jaya

4. Yang Berbahagia Encik Abang Rabaee Bin Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak 


No comments:

Post a Comment