KEMAS VIDEO

Saturday, 6 September 2014

BATANG SADONG JUARA KESELURUHAN POTENSI ZON 2, 2014


SARIKEI : 6 September 2014
Setelah Hari Potensi Peringkat Parlimen diadakan pada 16 Ogos 2014 yang lepas (Artikel Di Sini) sekaligus menampilkan johan-johan bagi setiap acara yang akan mewakili parlimen Batang Sadong peringkat zon 2, pada kali ini KEMAS Batang Sadong blogspot menukilkan hasil dapatan peserta-peserta wakil parlimen yang telah bertanding di peringkat zon 2.

Suasana Dewan Perpaduan Kpg. Seberang Sarikei

Taklimat hakim

Suasana penonton semasa acara pertandingan

Taklimat dan penerangan bagi acara Pemaju Masyarakat/Kanak-kanak Inovasi
(Batang Sadong sebagai Pengerusi Acara Pertandingan)

Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS Peringkat Zon 2, yang merangkumi 8 buah parlimen terdiri daripada Parlimen Batang Sadong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Sarikei dan juga Tanjung Manis telah berjaya dilangsungkan bertempat di Dewan Perpaduan, Kpg. Seberang Sarikei bermula pada 5 hingga 6 September 2014. Parlimen Batang Sadong telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah berjaya merangkul 4 gelaran johan, 5 acara naib johan dan 2 acara masing-masingnya tempat ketiga dan saguhati. Pencapaian peserta-peserta wakil parlimen Batang Sadong dapat dirumuskan seperti berikut mengikut acara :
Bergambar kenangan bersama peserta, guru pengiring dan sebahagian ibu bapa

JOHAN
- Kompang Formasi
- Tilawah Kategori  Lelaki
- Pidato Kategori  Lelaki
- Pidato Kategori  Perempuan

NAIB JOHAN
- Boneka Tangan
- Nasyid
- Bercerita Kategori  Lelaki
- Bercerita Kategori Perempuan
- Story Telling Lelaki (satu kategori sahaja dipertandingkan)

TEMPAT KETIGA
- Tilawah Kategori Perempuan

SAGUHATI
- Rekacipta

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah serta saguhati disempurnakan oleh Yang Berhormat Abu Seman Jahwie, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Jemoreng. Turut hadir pada majlis tersebut, wakil jabatan, Yang Berbahagia Encik Azrul Aidil Philip Abdullah selaku Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak serta Yang Berusaha Pegawai KEMAS Daerah Sarikei juga selaku Pengerusi Pengelola program.

Ucapan Amanat dan Penangguhan oleh Yang Berhormat

Johan Pidato Perempuan menerima hadiah daripada Yang Berhormat


Peserta Tilawah

Peserta Bercerita

Kumpulan Nasyid

 Peserta Rekacipta

 Kumpulan Tarian

Kumpulan Kompang Formasi

Seramai 53 orang kanak-kanak TABIKA mewakili parlimen Batang Sadong, 23 orang pegawai dan staf sementara sebahagian daripada ibu bapa penjaga turut sama hadir memberi sokongan kepada semua peserta Batang Sadong.

 Semasa tiba di tempat penginapan di bandar Sarikei

Sokongan daripada ibu bapa penjaga kanak-kanak TABIKA




Tahniah dan terima kasih

Sunday, 24 August 2014

MAJLIS JALINAN UKHWAH AIDILFITRI UNIT BINA INSAN ZON 2 SAMARAHAN 2014

Kehadiran Tetamu Kehormat

KPG. MERANEK, KOTA SAMARAHAN : 20 OGOS 2014

Unit Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan, julung-julung kalinya mengadakan Majlis Jalinan Ukhwah bersempena Syawal 143H telah berjaya menghimpunkan warga Kelas Bina Insan KEMAS Zon 2, Samarahan yang merangkumi empat parlimen iaitu KEMAS Parlimen Kota Samarahan, Serian, Batang Sadong termasuk juga Batang Lupar. Majlis ini telah diadakan bertempat di Dewan Sri Nor, Kpg. Meranek, Kota Samarahan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga ke tengahari. Unit Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan secara keseluruhannya mempunyai warga peserta Bina Insan seramai lebih kurang 689 orang untuk 31 buah kelas bagi keempat-empat parlimen tersebut. Dan pada majlis ini, sebanyak 24 buah kelas telah turut serta dengan anggaran kehadiran peserta seramai 200 orang. 


Ucapan Amanat Yang Berbahagia Tuan Residen

Ucapan Yang Berbahagia Wakil Jabatan KEMAS Negeri

Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola

Bacaan Doa Oleh Ustaz Samawi Bin Said, Penyelia Bina Insan Serian

Tetamu kehormat Yang Berbahagia Encik Abdul Rahman Sebli Bin Senusi, Tuan Residen Bahagian Samarahan telah hadir sekaligus menyampaikan amanat dan merasmikan majlis pada hari tersebut. Turut hadir yang Berbahagia Ustaz Ismail Maharop, Pegawai Khas Unit Bina Insan KEMAS Negeri Sarawak, Encik Abduraya Bin Abd Ghafor selaku Pegawai KEMAS Daerah Kota Samarahan, Puan Sariah Bt Alus, Penyelia Kanan KEMAS Kota Samarahan, ayahanda Pemanca dan penghulu, Ketua Ranting PBB juga Pengerusi Komuniti Kpg Meranek, dan beberapa orang pegawai masjid kampung tersebut. Kehadiran pengerusi-pengerusi dan jawatankuasa kelas serta anggota Unit Bina Insan Zon 1 Kuching dan juga sebahagian warga KEMAS Kota Samarahan turut menyerikan program tersebut. Pengerusi Pengelola Encik Abdul Syahid Bin Haji Abdul Rahman merangkap Penyelaras Unit Bina Insan Zon 2 selaku Penyelia Bina Insan Batang Sadong meyakini dan mengharapkan dokongan dari semua pihak terutama warga Bina Insan agar program peringkat zon seperti ini dapat diteruskan dan insyaallah dapat dilaksanakan mengikut giliran, sesuai dengan lokasi kelas-kelas Bina Insan yang ada mengikut parlimen.





Persiapan sebelah pagi

Antara objektif program adalah :

1. Menghargai peserta-peserta Kelas Bina Insan KEMAS Zon 2 Samarahan
2. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara warga Bina Insan Khasnya dan warga 
    KEMAS amnya
3. Menjalinkan hubungan antara warga KEMAS bersama pemimpian setempat
4. Mengeratkan silaturrahmi antara peserta-peserta Kelas Bina insan dari pelbagai tempat dalam Bahagian 
    Samarahan


 Menunggu majlis bermula

 Ustaz Nazri, Pemaju Masyarakat Bina Insan Kota Samarahan sebagai pengacara majlis



Khusyuk mendengar ucapan amanat

 Gimik aidilfitri : Memotong lemanng


 Jemputan terbaik

Cenderahati kenangan untuk Yang Berbahagia Tuan Residen


Jamuan aidilfitri


Peserta berkongsi pengalaman




Sebahagian peserta kelas merakamkan gambar kenangan

Penglibatan Kelas Bina Insan pada majlis kali ini terdiri daripada :

1.Kelas Bina Insan Kpg.Plaie, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
2.Kelas Bina Insan Kpg.Niup, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
3.Kelas Bina Insan Kpg.Endap, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
4.Kelas Bina Insan Kpg.Meranek, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
5.Kelas Bina Insan Kpg.Pinang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
6.Kelas Bina Insan Kpg.Parang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
7.Kelas Bina Insan Kpg.Pengkalan Kuap, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
8.Kelas Bina Insan Kpg.Tanjung Bundong, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
9.Kelas Bina Insan Kpg.Sindang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
10.Kelas Bina Insan Kpg.Raeh, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
11.Kelas Bina Insan Kpg.Tanjung Tuang, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
12.Kelas Bina Insan Kpg.Beliong, Kota Samarahan (Kota Samarahan)
13.Kelas Bina Insan Kpg.Tebakang A, Serian (Serian)
14.Kelas Bina Insan Kpg.Tebakang B, Serian (Serian)
15.Kelas Bina Insan Kpg.Sageng Ulu, Simunjan (Batang Sadong)
16.Kelas Bina Insan Kpg.Sageng Hilir, Simunjan (Batang Sadong)
17.Kelas Bina Insan Kpg.Hijrah, Simunjan (Batang Sadong)
18.Kelas Bina Insan Kpg.Kelka, Simunjan (Batang Sadong)
19.Kelas Bina Insan Kpg.Nanas A, Simunjan (Batang Sadong)
20.Kelas Bina Insan Kpg.Nanas B, Simunjan (Batang Sadong)
21.Kelas Bina Insan Kpg.Rangawan Ulu, Sadong Jaya (Batang Sadong)
22.Kelas Bina Insan Kpg.Rangawan Masjid, Sadong Jaya (Batang Sadong)
23.Kelas Bina Insan Kpg.Bilis, Sadong Jaya (Batang Sadong)
24.Kelas Bina Insan Kpg.Pelandok Laut, Sadong Jaya (Batang Sadong)




Terima kasih sahabat

Lagi lebih banyak galeri foto  Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Zon 2 Samarahan 2014,     "credit" daripada Abang Naim KLIK DI SINI Terima kasih untuk Abang Naim :-)