KEMAS VIDEO
LEADS Gedong 2014 from kemasbs on Vimeo.
Friday, 4 April 2014
BENGKEL DWI MINGGUAN - MODUL AGAMA ISLAM PRA SEKOLAH
Bengkel dwi mingguan pra sekolah bertempat di TABIKA Kpg Tengah Gedong telah diadakan pada 21 Mac yang lepas kali ini membawa kepada pengisian modul agama pra sekolah. Penglibatan bengkel adalah terdiri daripada kesemua Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA Batang Sadong.
BENGKEL PENGEMASKINIAN PROFAIL KAMPUNG - ZON SIMUNJAN
Bengkel pengemaskinian profail kampung zon simunjan telah diadakan di TABIKA Kpg. Nanas C pada 3 April 2014 yang lepas. Turut hadir PKP Batang Sadong Encik Abd Kadir B Drim
Friday, 28 March 2014
TABIKA KEMAS KPG PELANDOK KE TUDM
Khamis 28 Mac 2014 : Seramai 102 orang peserta lawatan termasuk kanak-kanak TABIKA KEMAS Kpg. Pelandok Laut, Sadng Jaya beserta Jawatankuasa TABIKA serta ibubapa penjaga kanak-kanak telah mengadakan lawatan ke TUDM Kuching. Program lawatan ini antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu sendiri serta memberikan pengalaman kepada mereka sekaligus dapat menggerakkan dan melibatkan jawatankuasa dalam aktiviti KEMAS.
Lawatan yang dianjurkan ini di bawah bimbingan Pemaju Masyarakat Puan Rapidah Daud. Turut hadir pengerusi TABIKA KEMAS Kpg Pelandok Laut, Encik Yaakup Lopo
Thursday, 27 March 2014
ROMBONGAN LAWATAN BPM PETRAJAYA
Turut hadir Ketua Kaum Kampung Sungai Bilis Mohamad B Napri dan Penyelia Kanan Batang Sadong En Abd Kadir B Drim
Seramai 30 orang peserta daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat Parlimen Petrajaya telah mengadakan kunjungan pada 27 Februari 2014 yang lepas bertempat di Kelas Pendidikan Literasi Fungsian Kpg Sungai Bilis, Sadong Jaya sebagai salah satu aktiviti silaturrahmi antara peserta kelas sekaligus mengeratkan hubungan warga KEMAS amnya selain dapat bertukar-tukar fikiran dan idea dan pengalaman masing-masing. Antara pengisian aktiviti yang diadakan adalah seperti demo kraftangan, pameran hasil gubahan peserta dan berbagai aktiviti lain.
BENGKEL PENGEMASKINIAN PROFAIL KAMPUNG SIRI 1/2014 - ZON GEDONG
Monday, 10 March 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)























