KEMAS VIDEO

Monday 17 November 2014

AKTIVITI SIHAT HARI MINGGU WARGA KEMAS BATANG SADONG 2014



SIMUNJAN (16 NOVEMBER 2014)

Aktiviti riadah bersukan dan aktiviti sihat merupakan salah satu inisiatif warga KEMAS Batang Sadong dalam mengisi masa terluang di hari minggu. Penglibatan aktiviti ini melibatkan pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan, termasuk pembantu-pembantu pemaju masyarakat yang lain.
Antara pengisian termasuklah acara pancing botol, mengutip gula-gula, membawa bola ping pong, baling belon berisi air, dadu wak imam dan banyak lagi aktiviti sukan yang lain.

Aktiviti ini dijalankan pada sebelah pagi hingga tengahari dan pada sebelah petangnya acara penyampaian hadiah pula diadakan.







Antara objektif pelaksanaan adalah untuk memupuk semangat berkumpulan antara warga KEMAS khususnya di Batang Sadong. Selain itu, dapat berkumpul satu hari di samping bertukar-tukar pandangan sekaligus mengisi masa terluang di hari minggu.





Sunday 9 November 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KANAK-KANAK TABIKA KEMAS BATANG SADONG 2014



SIMUNJAN, 9 NOVEMBER 2014

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kanak-kanak TABIKA KEMAS Batang Sadong bagi tahun 2014 telah sempurna diadakan bertempat di Dewan Mesra Simunjan pada 9 November 2014 bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri, Pemangku Pegawai Daerah Simunjan selaku tetamu kehoramat sekaligus mewakili Yang Berhormat Menteri Muda merangkap ADUN N.21 Simunjan telah hadir bagi menyampaikan amanat seterusnya merasmikan majlis penyampaian disusuli dengan penyampaian hadiah kepada seramai 32 orang kanak-kanak cemerlang untuk setiap TABIKA KEMAS Batang Sadong.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri

YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi


Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim

Majlis pada kali ini menampilkan seramai 161 orang penerima sijil melibatkan kanak-kanak berumur 6 tahun sahaja, meliputi 18 buah TABIKA terdiri daripada 74 orang kanak-kanak dari kawasan DUN Sadong Jaya (Semera hingga Ensengei) sementara seramai 87 orang dari 14 buah TABIKA dari DUN Simunjan (Gedong hingga Simunjan).








Acara penyampaian Sijil

Penyampaian sijil turut disempurnakan oleh YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi selaku Pengarah KEMAS Negeri Sarawak bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan dan Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim selaku Pengerusi Pengelola program merangkap Penyelia Kanan Parlimen KEMAS Batang Sadong  bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan.

Turut hadir sama para jemputan Ayahanda Pemanca Hj Shara B Enai serta para ketua jabatan kerajaan dan Ngos, ketua-ketua parti, jawatankuasa TABIKA serta para ibu bapa penjaga kanak-kanak masing-masing.



Acara Persembahan

Acara majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid, pidato dan tarian oleh kanak-kanak TABIKA.








Suasana Majlis di Dewan Mesra Simunjan









Penerima Sijil

Penyampaian Cenderahati Kenangan

#KEMASBS merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis samada secara mahupun tidak langsung.