KEMAS VIDEO

Monday 14 July 2014

PLOT 1 : MESYUARAT SIRI 1, POTENSI PERINGKAT PARLIMEN 201


12 Julai 2014, Gedong : Mesyuarat pertama bagi membincangkan pelaksanaan program tahunan POTENSI TABIKA Peringkat Parlimen 2014 sekaligus pembentukkan jawatankuasa gerak kerja pelaksanaan program telah diadakan di Dewan Masyarakat Gedong, Sabtu lepas.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penyelia Kanan, Encik Abdul Kadir B Drim pada kali ini berfokus kepada acara pertandingan yang akan diadakan seterusnya pembahagian tugas kepada semua anggota. Sebanyak 8 acara yang dibincangkan meliputi perujian tilawah, nasyid,tarian, pidato, story telling, bercerita, boneka tangan, rekacipta dan satu acara persembahan kompang berformasi. Dirancangkan program pada kali ini berpusat di Dewan Mesra Simunjan, bertarikh 16 Ogos 2014. Seramai 40 buah TABIKA Batang Sadong akan turut serta dalam pertandingan kali ini.

Gerak kerja pelaksanaan program akan dimuktamadkan pada mesyuarat ke 2 selepas Sambutan Aidilfitri bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sadong Jaya.







MESYUARAT & PERJUMPAAN

28 Jun 2014, Terasi Ulu : Mesyuarat dan perjumpaan anggota KEMAS Daerah Simunjan Batang Sadong telah diadakan yang mana telah dipengerusikan oleh Penyelia Kanan Parlimen, Encik Abdul Kadir B Drim. Perjumpaan melibatkan semua penyelia bagi setiap unit dan juga pemaju masyarakat pelbagai jurusan. 

Diantara yang dibentangkan oleh pengerusi, adalah berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan anggota, pengurusan kewangan, aset dan perolehan kerajaan sekaligus memperpanjangkan beberapa amanat daripada Yang Berbahagia Pengarah Negeri.

Dalam pada itu juga, pembentangan pelaporan dari setiap unit juga diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah-masalah diperingkat kelas mahupun kawasan lokaliti masing-masing.


Dalam pada itu juga penyampaian sijil premium bagi penerima APC 2013 (Rujuk artikel ini) turut disempurnakan oleh Penyelia Kanan Parlimen.