KEMAS VIDEO

Thursday 29 May 2014

PLOT 2 : HARI GURU & HARI IBU

Sepertimana pada posting yang lepas, berhubung dengan Sambutan Hari Ibu sekaligus Hari Guru peringkat kelas di Kelas Bina Insan Sageng Hulu, Simunjan (KLIK DI SINI), kelas-kelas aktiviti KEMAS kawasan Sadong Jaya juga tidak ketinggalan dalam menyempurnakan majlis sambutan tersebut demi mengukuhkan silaturrahmi antara peserta kelas khususnya dan masyarakat setempat amnya.


KELAS PLF KPG ULU SEMERA


Antara kelas aktiviti KEMAS yang turut melaksanakan program tersebut adalah Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Kpg. Ulu Semera. Majlis tersebut telah dilaksanakan pada 26 Mei 2014 yang lepas bertempat di Dewan Masyarakat Kpg. Ulu Semera. Seramai 60 orang yang telah hadir terdiri daripada peserta kelas serta penduduk kampung yang berdekatan. Pelbagai pengisian yang diadakan antaranya, deklamasi sajak oleh peserta kelas, persembahan koir, memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan dan juga acara bertandak dan bergendang. Turut sama hadir Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Batang Sadong




KELAS PLF KPG SUNGAI BILIS


Pada 27 Mei 2014, keesokan harinya, sambutan program turut diadakan bertempat di Kpg Bilis. Antara pengisian program ceramah keibubapaan, pertukaran hadiah antara peserta kelas dan disusuli jamuan kepada semua yang hadir.


KELAS BINA INSAN, KPG RANGAWAN


Seterusnya pada 28 Mei 2014, berpusat di Pusat Sumber Kpg Rangawan, majlis yang serupa turut dilaksanakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Bina Insan Kpg Rangawan bersama peserta-peserta kelas Bina Insan Kpg Rangawan. Aktiviti sempena program turut diadakan diantaranya tazkirah ringkas tentang Konsep, Peranan Ibu dan Guru seterusnya sesi komunikasi pengucapan awam secara dasar oleh peserta kelas. Pertukaran hadiah dikalangan peserta juga turut diadakan sebagai tanda kenangan untuk peserta itu sendiri. Turut hadir Penyelia Bina Insan Batang Sadong juga Pemaju Masyarakat Pusat Sumber Kpg Rangawan.





Monday 26 May 2014

BENGKEL DWI BULANAN BINA INSAN ZON 2



KOTA SAMARAHAN, 26 MEI 2014

Bengkel Dwi Bulanan Unit Bina Insan Zon 2 Samarahan melibatkan 4 parlimen iaitu Batang Lupar, Batang Sadong, Serian dan Kota Samarahan yang mana merupakan satu aktiviti bulanan Unit Bina Insan telah diadakan Di Kelas Bina Insan Kpg Meranek, Samarahan.
Bengkel yang diadakan ini melibatkan penyelia dan pemaju masyarakat Bina Insan dari 4 parlimen, antara lainnya membincangkan permasalahan diperingkat kelas samada dari sudut metod pengajaran dan pembelajaran mahupun penambahbaikkan unit tersebut dari segi personel juga secara holistik di peringkat zon 2.



Dalam pada itu juga isu masalah berbangkit dari peserta khususnya dan masyarakat secara amnya turut dibincangkan dan kaedah menanganinya dibincangkn juga bersama.
Bengkel yang diadakan ini akan diteruskan secara berkala pada setiap bulan sekaligus memenuhi hasrat dan juga objektif jabatan diperingkat negeri mahupun diperingkat ibu pejabat Putrajaya.


MESYUARAT KAKITANGAN DAN SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2014


KUCHING, 25 MEI2014

Mesyuarat kakitangan KEMAS Daerah Simunjan, Batang Sadong telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Mei 2014 bermula jam 100 ptg, bertempat di Royalist 2 Hall, Regency Rajah Court Kuching.
Mesyuarat yang melibatkan seramai 71 orang termasuk 7 orang penyelia dan selebihnya merupakan pemaju dan pembantu masyarakat telah dipengerusikan oleh En Abdul Kadir Drim, selaku Penyelia Kanan Parlimen.
Antara agenda yang dibentangkan adalah tugas yang perlu dititikberatkan dan dipertinggkatkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu beberapa amanat daripada Dato Ketua Pengarah dan juga Pengarah KEMAS Negeri turut disampaikan oleh beliau. Pembentangan dan pelaporan daripada penyelia pelbagai unit untuk suku tahun per-1 dan ke-2 turut diadakan.


Sebelum itu, pada sebelah paginya, satu majlis Sambutan Hari Pendidik 2014 khusus pada warga KEMAS Batang Sadong telah diadakan sekaligus antara objektifnya memberi penghargaan kepada semua kakitangan sepanjang menjalankan tugas dan juga mengeratkan silaturrahmi antara satu sama lain. Dalam pada itu juga, penghargaan kepada penerima APC 2009-2013 turut diadakan khusus utk peringkat parlimen. Simbolik Sambutan Hari Pendidik 2014 dengan acara memotong kek sambutan serta deklamasi sajak juga disisipkan dalam program tersebut selain sesi bergambar bersama untuk semua yang hadir.



Turut menyerikan sepanjang program tersebut iaitu Yang Berhormat Ir. Aidel Lariwoo ADUN N.20 Sadong Jaya dan juga wakil pengarah KEMAS negeri, En. Azrul Aidi Philip Abdullah.



Thursday 22 May 2014

PLOT 1 : BINA INSAN KELAS SAGENG HULU SEMPENA HARI GURU DAN HARI IBU


SAGENG HULU, 22 Mei 2014

Aktiviti ko kurikulum bagi kelas Bina Insan Kpg Sageng Hulu,
Simunjan telah dilaksanakan pada Khamis 22 Mei 2014 bersempena Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu yang lepas. Pelaksanaan aktiviti di peringkat kelas ini yang melibatkan peserta kelas Bina Insan Sageng Hulu dalam memberi pendedahan kepada peserta kelas telah diadakan bertempat di Surau Darul Kpg Sageng Hulu bermula jam 800 pagi hingga ke tengahari pada hari yang sama.
 

Antara pengisian aktiviti melibatkan bacaan dan hafazan surah lazim, penulisan jawi juga disamping sesi diskusi antara para peserta kelas. Seramai 8 orang peserta daripada 25 orang peserta kelas keseluruhan telah melibatkan diri dalam bacaan dan hafazan serta 6 orang dalam penulisan jawi. Turut hadir dalam aktiviti tersebut Pengerusi Surau Tn Morshidi dan juga jawatankuasa surau serta Penyelia Bina insan KEMAS Batang Sadong.


Saturday 17 May 2014

BENGKEL PEMANTAPAN TUGAS DAN PROFESIONALISME PEMAJU MASYARAKAT DAERAH SIMUNJAN

                            Cenderamata kepada pengarah         Cenderamata kepada En Kumpang

SIMUNJAN : Pelaksanaan Bengkel Pemantapan Tugas dan Profesionalisme telah diadakan dengan jayanya pada 17 Mei 2014 bertampat di Dewan Setia Simunjan yang mana melibatkan seramai 150 orang kakitangan terdiri daripada Pelbagai Jurusan Pemaju Masyarakat dan Penyelia KEMAS bagi Parlimen Batang Sadong dan Batang Lupar.

                        
Antara pengisian bengkel pada sebelah pagi, taklimat serta ceramah berkaitan dengan peranan dan tugas yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan KEMAS secara amnya. Fasilitator yang dijemput khas daripada Pejabat KEMAS Negeri iaitu Encik Hasli Drahman dan dibantu oleh Encik Kumpang ak Datuk Tutong (Penyelia Kanan Parlimen Lubuk Antu). Juga disisipkan gerak kerja serta pembentangan kumpulan.

                             Cenderamata kpeada En Hasli           Pengarah menyampaikan ucapan

Penangguhan bengkel sekaligus penyampaian amanat telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Abang Rabaee B Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak sekitar jam 4.00 petang.