KEMAS VIDEO

Wednesday 30 April 2014

PLOT 1 : TAKLIMAT LEADS KPG GEDONG, BATANG SADONG



29 April 2014 : SK Abang Kadir Gedong (Bangunan Lama)
Pelaksanaan Program LEADS bertempat di Kampung Gedong, Simunjan telah dimulakan dengan sesi penerangan dan taklimat kepada masyarakat setempat yang berminat untuk menjadi peserta kelas tersebut. Seramai 90 orang (3 buah kelas iaitu 30 orang setiap kelas) merangkumi umur 18 hingga 65 tahun telah mendaftarkan diri dan dijangka jumlah pendaftaran peserta akan bertambah pada sesi "Pra Test" kelayakan pengambilan peserta yang akan diadakan pada masa yang terdekat ini. 

 

Taklimat pelaksanaan program telah disampaikan oleh Encik Abdul Kadir B Drim, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Batang Sadong, dalam memberi kata ucapan berhubungkait dengan tujuan, objektif serta matlamat program. Pelaksanaan program yang akan mengambil masa selama 12 minggu akan diadakan di bangunan lama SK Abg Kadir, Gedong, dan permohonan menggunapakai bangunan telah dimajukan dan telah mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan, tambah beliau lagi.


Turut hadir dalam taklimat tersebut Ketua Kaum, Penolong Kanan SK Abang Kadir Gedong (wakil Guru Besar), Ketua PPWS Gedong dan Ketua Pemuda PBB Zon Gedong.

Tenaga pengajar LEADS Kpg Gedong 2014



# Singgah sebentar menikmati Mi Udang Gumpey bertempat di Kampung Gumpey, Gedong.. 
Syiok!!!! Lazat!!!! 


Monday 28 April 2014

PROGRAM BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH


Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam acara Berjalan Kaki 10,000 Langkah

Seperti mana yang telah di war-warkan pada artikel yang lepas berhubung dengan MAKLUMAN AKTIVITI SEMASA, juga  boleh klik DI SINI untuk bacaan semula posting tersebut, telah dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 27 April 2014 (Ahad) bertempat di Kampung Pelandok Laut, Sadong Jaya.

Sekitar jam 7.30 pagi seramai 100 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut. Penyertaan terdiri daripada jawatankuasa dan ibu bapa penjaga TASKA / TABIKA serta kanak-kanak TABIKA KEMAS itu sendiri, juga peserta-peserta Kelas Pendidikan Bina Insan dan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Kpg Pelandok Laut. Juga tidak ketinggalan penyertaan dari kanak-kanak sekolah rendah dan menengah serta masyarakat setempat remaja, belia dan dewasa lelaki perempuan.

Acara dimulakan sekitar jam 9.00 pagi yang mana dirasmikan langkah perjalanan oleh Ayahanda Ketua Kaum Tn Hj Pouzi b Hj Abeng.

Dalam pada itu juga diadakan acara demo gubahan masakan sebaik sahaja acara berjalan kaki 10,000 langkah selesai. Seramai 7 kumpulan yang turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.


Cabutan bertuah juga disediakan kepada semua yang hadir mengikut kategori masing-masing sertapenyampaiannya disempurnakan oleh ayahanda ketua kaum.


# Lagi gambar aktiviti DI SINI

Tuesday 22 April 2014

PERJUMPAAN PENYELIA DAN TAKLIMAT KAJIAN LEADS SERTA PLF

 
Perjumpaan penyelia pelbagai jurusan (3P, PPS, BI, BPM, PPDP) termasuk pemaju masyarakat
GDW Batang Sadong bersama ketua jabatan KEMAS Daerah Simunjan telah diadakan pada 21 April 2014 jam 2.00 ptg bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya. Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Kadir B Drim selaku Penyelia Kanan Parlimen dalam menterjemahkan dan memperpanjangkan amanat daripada Yang Berbahagia Pengarah KEMAS Negeri merangkumi pentadbiran dan pengoperasian jabatan. Perjumpaan berakhir sekitar jam 5.00 ptg.
 
Sebelum itu pada sebelah paginya jam 8.30 pagi bertempat di Kelas Aktiviti PLF KEMAS Kpg. Terasi Ulu, Sadong Jaya,  satu Taklimat Kajian LEADS dan Kajian Program PLF juga telah diadakan. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelia Kanan Parlimen Encik Abdul Kadir B Drim bersama Pemaju Masyarakat BPM Batang Sadong. Turut hadir ialah Penyelia BPM Batang Sadong dan juga Penyelia BPM Batang Lupar
 

Wednesday 16 April 2014

KUNJUNGAN LEADS SARAWAK 2014

Kampung Rangawan

Kampung Ensengei Iban

SADONG JAYA : Kunjungan seramai 60 orang peserta LEADS Sarawak termasuk jurulatih LEADS bagi tahun 2014 dalam rangka kerja latihan lapangan telah diadakan pada 15 April 2014. Dua buah kampung yang terpilih dalam DUN Sadong Jaya, Batang Sadong iaitu RH Kpg Ensengei Iban dan Kpg Rangawan.
Rombongan yang terdiri daripada peserta Bengkel Orientasi Tenaga Pengajar LEADS dan Pembentukan ABM LEADS Sarawak 2014 berkesempatan bersama peserta kelas aktiviti PLF KEMAS di ke dua-dua buah kampung tersebut.

Turut hadir bersama rombongan ialah Pegawai Operasi KEMAS Sarawak serta Pegawai KEMAS Putrajaya Malaysia.






Thursday 10 April 2014

MAKLUMAN SEMASA AKTIVITI

Dijadualkan pada 24 April 2014, satu aktiviti kemasyarakatan akan diadakan bertempat di Kpg Pelandok Laut, Sadong Jaya. Aktiviti "Program Berjalan 10,000 Langkah" merupakan satu usaha sama antara JKKK bersama Kelas-kelas aktiviti KEMAS Kpg Pelandok Laut. Turut memberi sokongan pelaksanaan aktiviti seperti pertubuhan dan Ngo's kampung itu sendiri. Aktiviti lain yang dijalankan adalah pertandingan demo masakan.

Aktiviti ini melibatkan semua peringkat golongan masyarakat di kampung tersebut yang mana diharap dapat menyatupadukan dan mengeratkan silaturrahmi antara penduduk kampung itu sendiri.

p/s : Laporan pelaksanaan menyusul nanti


Wednesday 9 April 2014

Saturday 5 April 2014

KURSUS "MOT" INSPIRASI DAKWAH KEMAS BINA INSAN MALAYSIA


Kuantan : Seramai 78 orang terdiri daripada Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan Malaysia yang terpilih telah mengikuti Kursus Inspirasi Dakwah KEMAS Malaysia yang mana telah diadakan bermula 31 Mac hingga 3 April 2014 bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuantan Pahang. Kursus yang telah diadakan ini merupakan siri 1 dan rentetan daripada itu (berdasarkan perancangan) akan disusuli dengan siri 2, 3 dan 4. High Step Consultant merupakan agensi pemudah cara dan sebagai fasilitator sepenuhnya dalam program ini di bawah kelolaan Yang Berbahagia Ustaz Elyas Ismail. Turut sama dalam slot aktiviti iaitu Encik Fazly UNIC personaliti TV Al Hijrah. 

Ustaz Elyas Ismail dari High Step Consultant
(Penampilan Media : Tanyalah Ustaz - TV9, Bismillah - TV3, Muhasabah Diri - TV Al Hijrah)

Fazli UNIC 
(Personaliti TV Al Hijrah, Pengarah Urusan UNIC Production)

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan tentang kaedah teori sebagai pendakwah yang berinspirasi. Ini merupakan lanjutan program kursus pendakwah magnetik yang lepas di mana lebih memberi fokus kepada praktikal berdakwah di hadapan audian maupun depan kamera. Selain daripada itu, kursus ini juga adalah sebagai jalan perintis dalam mewujudkan group master trainers Unit Bina KEMAS Malaysia seterusnya sebagai "Key Personal" di peringkat negeri untuk semua warga Bina Insan di negeri masing-masing. Antara lain matlamat kursus ialah agar mampu memberi pendekatan dakwah di kalangan warga Bina Insan secara lebih efektif dan berkesan serta diterimapakai oleh semua peringkat golongan kumpulan sasar.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengetua ILK Kuantan Pahang dan turut hadir Penolong Pengarah Bina Insan KEMAS Malaysia

Terima kasih kepada Bina Insan KEMAS Putrajaya atas penganjuran kursus tersebut. Terutama kepada barisan urusetia diketuai oleh Encik Mohd Shahrul Syafiq B Daud (Pegawai Operasi Bina Insan KEMAS Malaysia)

# Lagi gambar aktiviti DI SINI

p/s Berpeluang bertegur sapa bersama peserta SPAK (TASKA) dari Parlimen Batang Sadong Simunjan

Friday 4 April 2014

BENGKEL DWI MINGGUAN - MODUL AGAMA ISLAM PRA SEKOLAH

Bengkel dwi mingguan pra sekolah bertempat di TABIKA Kpg Tengah Gedong telah diadakan pada 21 Mac yang lepas kali ini membawa kepada pengisian modul agama pra sekolah. Penglibatan bengkel adalah terdiri daripada kesemua Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA Batang Sadong.






BENGKEL PENGEMASKINIAN PROFAIL KAMPUNG - ZON SIMUNJAN


Bengkel pengemaskinian profail kampung zon simunjan telah diadakan di TABIKA Kpg. Nanas C pada 3 April 2014 yang lepas. Turut hadir PKP Batang Sadong Encik Abd Kadir B Drim