KEMAS VIDEO

Tuesday 23 December 2014

PROGRAM MEMPERKASA TARAF HIDUP - Bahagian Pendidikan Masyarakat

Encik Abdul Kadir B Drim selaku pengerusi pengelola program menyampaikan cenderahati kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Abang Rabaee B Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Ustaz Salihin Abd Latif, Tuan Haji Pouzi B Abeng (Ketua Kaum Kpg Pelandok Laut) dan Puan Raodah Hj Taim

KAMPUNG PELANDOK LAUT : 18 DISEMBER 2014
KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) telah melaksanakan program Memperkasa Taraf Hidup selama satu hari bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Pelandok Laut. Program ini yang melibatkan seramai 225 orang kehadiran terdiri daripada peserta-peserta kelas aktiviti KEMAS dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Bina Insan, Jawatankuasa dan ibubapa kanak-kanak TABIKA TASKA, kakitangan KEMAS Batang Sadong dan juga penduduk-penduduk setempat telah diberi beberapa pengisian program. Antaranya ialah : 

Demonstrasi Pagi
  • -Demonstrasi Masakan Nasi Bariyani Ayam
  • -Demonstrasi Ayam Percik
  • -Demonstrasi "Chicken Chop"






Demonstrasi Pagi

Demonstrasi Petang
  • -Demonstrasi Donat Pelbagai Bentuk 1 Malaysia
  • -Demonstrasi Jus Tembikai
 Taklimat Program




Demonstrasi Petang

Manakala pada sebelah petangnya pula demonstrasi masakan diadakan sambil disaksikan oleh Yang Berbahagia Pengarah KEMAS dan sejurus selepas itu, ceramah dan taklimat GST pula telah disampaikan oleh beliau. Antara objektif program adalah :

  • -Meningkatkan kemahiran peserta aktiviti KEMAS khususnya dalam bidang masakan pelbagai, daripada yang sedia ada kepada lebih mahir dan mendalam
  • -Memberi impak khusus dalam melaksanakan pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang ekonomi
  • -Memberi pendedahan dan maklumat sebenar dalam pelaksanaan GST yang akan datang
  • -Memberi penghargaan dan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti KEMAS


Ceramah dan Taklimat GST

Turut diadakan pada program kali ini ialah, Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penghargaan kepada peserta-peserta kelas aktiviti KEMAS BPM yang melibatkan seramai 50 orang peserta iaitu :

  • -Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS Kpg. Sg.Bundong, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS Kpg. Rangkang, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Kpg. Sadong Jaya Ulu, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Kpg. Iboi Tengah, Sadong  Jaya
 Ucapan Amanat Pengarah

Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola

Penyampaian Sijil kepada peserta


Penyampaian Cenderahati Pengarah







#KEMAS BS mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program

Monday 17 November 2014

AKTIVITI SIHAT HARI MINGGU WARGA KEMAS BATANG SADONG 2014



SIMUNJAN (16 NOVEMBER 2014)

Aktiviti riadah bersukan dan aktiviti sihat merupakan salah satu inisiatif warga KEMAS Batang Sadong dalam mengisi masa terluang di hari minggu. Penglibatan aktiviti ini melibatkan pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan, termasuk pembantu-pembantu pemaju masyarakat yang lain.
Antara pengisian termasuklah acara pancing botol, mengutip gula-gula, membawa bola ping pong, baling belon berisi air, dadu wak imam dan banyak lagi aktiviti sukan yang lain.

Aktiviti ini dijalankan pada sebelah pagi hingga tengahari dan pada sebelah petangnya acara penyampaian hadiah pula diadakan.







Antara objektif pelaksanaan adalah untuk memupuk semangat berkumpulan antara warga KEMAS khususnya di Batang Sadong. Selain itu, dapat berkumpul satu hari di samping bertukar-tukar pandangan sekaligus mengisi masa terluang di hari minggu.





Sunday 9 November 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KANAK-KANAK TABIKA KEMAS BATANG SADONG 2014



SIMUNJAN, 9 NOVEMBER 2014

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kanak-kanak TABIKA KEMAS Batang Sadong bagi tahun 2014 telah sempurna diadakan bertempat di Dewan Mesra Simunjan pada 9 November 2014 bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri, Pemangku Pegawai Daerah Simunjan selaku tetamu kehoramat sekaligus mewakili Yang Berhormat Menteri Muda merangkap ADUN N.21 Simunjan telah hadir bagi menyampaikan amanat seterusnya merasmikan majlis penyampaian disusuli dengan penyampaian hadiah kepada seramai 32 orang kanak-kanak cemerlang untuk setiap TABIKA KEMAS Batang Sadong.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri

YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi


Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim

Majlis pada kali ini menampilkan seramai 161 orang penerima sijil melibatkan kanak-kanak berumur 6 tahun sahaja, meliputi 18 buah TABIKA terdiri daripada 74 orang kanak-kanak dari kawasan DUN Sadong Jaya (Semera hingga Ensengei) sementara seramai 87 orang dari 14 buah TABIKA dari DUN Simunjan (Gedong hingga Simunjan).








Acara penyampaian Sijil

Penyampaian sijil turut disempurnakan oleh YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi selaku Pengarah KEMAS Negeri Sarawak bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan dan Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim selaku Pengerusi Pengelola program merangkap Penyelia Kanan Parlimen KEMAS Batang Sadong  bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan.

Turut hadir sama para jemputan Ayahanda Pemanca Hj Shara B Enai serta para ketua jabatan kerajaan dan Ngos, ketua-ketua parti, jawatankuasa TABIKA serta para ibu bapa penjaga kanak-kanak masing-masing.



Acara Persembahan

Acara majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid, pidato dan tarian oleh kanak-kanak TABIKA.








Suasana Majlis di Dewan Mesra Simunjan









Penerima Sijil

Penyampaian Cenderahati Kenangan

#KEMASBS merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis samada secara mahupun tidak langsung.