KEMAS VIDEO

Sunday, 9 November 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KANAK-KANAK TABIKA KEMAS BATANG SADONG 2014



SIMUNJAN, 9 NOVEMBER 2014

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kanak-kanak TABIKA KEMAS Batang Sadong bagi tahun 2014 telah sempurna diadakan bertempat di Dewan Mesra Simunjan pada 9 November 2014 bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri, Pemangku Pegawai Daerah Simunjan selaku tetamu kehoramat sekaligus mewakili Yang Berhormat Menteri Muda merangkap ADUN N.21 Simunjan telah hadir bagi menyampaikan amanat seterusnya merasmikan majlis penyampaian disusuli dengan penyampaian hadiah kepada seramai 32 orang kanak-kanak cemerlang untuk setiap TABIKA KEMAS Batang Sadong.
YBhg Tuan Haji Jamali B Hj Busri

YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi


Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim

Majlis pada kali ini menampilkan seramai 161 orang penerima sijil melibatkan kanak-kanak berumur 6 tahun sahaja, meliputi 18 buah TABIKA terdiri daripada 74 orang kanak-kanak dari kawasan DUN Sadong Jaya (Semera hingga Ensengei) sementara seramai 87 orang dari 14 buah TABIKA dari DUN Simunjan (Gedong hingga Simunjan).








Acara penyampaian Sijil

Penyampaian sijil turut disempurnakan oleh YBhg Encik Abang Rabaee B Abang Muhi selaku Pengarah KEMAS Negeri Sarawak bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan dan Yang Berusaha Encik Abdul Kadir B Drim selaku Pengerusi Pengelola program merangkap Penyelia Kanan Parlimen KEMAS Batang Sadong  bagi penerima dari TABIKA Dun Simunjan.

Turut hadir sama para jemputan Ayahanda Pemanca Hj Shara B Enai serta para ketua jabatan kerajaan dan Ngos, ketua-ketua parti, jawatankuasa TABIKA serta para ibu bapa penjaga kanak-kanak masing-masing.



Acara Persembahan

Acara majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid, pidato dan tarian oleh kanak-kanak TABIKA.








Suasana Majlis di Dewan Mesra Simunjan









Penerima Sijil

Penyampaian Cenderahati Kenangan

#KEMASBS merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis samada secara mahupun tidak langsung.

Tuesday, 28 October 2014

PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA-PESERTA KELAS LEADS KPG. GEDONG, SIMUNJAN (Batang Sadong) 2014




GEDONG. 28 Oktober 2014

Setelah mengikuti pembelajaran kelas LEADS 
(Literasi Education For Adults Skills) selama 12
 minggu daripada KEMAS Batang Sadong, seramai 90 orang peserta (3 buah kelas) telah pun berjaya dan telah di anugerahkan sijil penyertaan pada Majlis Penyampaian Sijil Peserta-peserta Kelas LEADS bagi Kpg. Gedong.

Majlis penyempurnaan telah diadakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Ir Aidel Hj Lariwoo ADUN N.20 Sadong Jaya  mewakili Yang Berhormat Datuk Hj MOhd Naroden B Hj Majais, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, sekaligus menyampaian amanat dan penyampaian sijil kepada penerima.

Turut  menyampaikan ucapan, Yang Berbahagia Tuan Hj Amiruddin B Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia pada majlis tersebut.

Tuan Hj Amiruddin B Ariffin

Wakil Peserta LEADS menyampaikan ucapan

Para jemputan lain, En Joseph Unsong dari KEMAS Negeri Sarawak, Encik Abang Roni B Abg Sa'adeli, Penghulu Kpg. Gedong, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan pengerusi-pengerusi pertubuhan dan Ngos's sama-sama memeriahkan lagi majlis penyampaian tersebut.






Penyampaian Sijil




Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia membicarakan tugasan peserta LEADS bersama Yang Berhormat Ir Aidel Lariwoo

Antara lain acara dalam majlis tersebut termasuklah beberapa persembahan daripada peserta-peserta ketiga-tiga buah kelas LEADS.






#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Terima kasih

Video LEADS Gedong 2014 : KLIK

Saturday, 6 September 2014

BATANG SADONG JUARA KESELURUHAN POTENSI ZON 2, 2014


SARIKEI : 6 September 2014
Setelah Hari Potensi Peringkat Parlimen diadakan pada 16 Ogos 2014 yang lepas (Artikel Di Sini) sekaligus menampilkan johan-johan bagi setiap acara yang akan mewakili parlimen Batang Sadong peringkat zon 2, pada kali ini KEMAS Batang Sadong blogspot menukilkan hasil dapatan peserta-peserta wakil parlimen yang telah bertanding di peringkat zon 2.

Suasana Dewan Perpaduan Kpg. Seberang Sarikei

Taklimat hakim

Suasana penonton semasa acara pertandingan

Taklimat dan penerangan bagi acara Pemaju Masyarakat/Kanak-kanak Inovasi
(Batang Sadong sebagai Pengerusi Acara Pertandingan)

Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS Peringkat Zon 2, yang merangkumi 8 buah parlimen terdiri daripada Parlimen Batang Sadong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Sarikei dan juga Tanjung Manis telah berjaya dilangsungkan bertempat di Dewan Perpaduan, Kpg. Seberang Sarikei bermula pada 5 hingga 6 September 2014. Parlimen Batang Sadong telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah berjaya merangkul 4 gelaran johan, 5 acara naib johan dan 2 acara masing-masingnya tempat ketiga dan saguhati. Pencapaian peserta-peserta wakil parlimen Batang Sadong dapat dirumuskan seperti berikut mengikut acara :
Bergambar kenangan bersama peserta, guru pengiring dan sebahagian ibu bapa

JOHAN
- Kompang Formasi
- Tilawah Kategori  Lelaki
- Pidato Kategori  Lelaki
- Pidato Kategori  Perempuan

NAIB JOHAN
- Boneka Tangan
- Nasyid
- Bercerita Kategori  Lelaki
- Bercerita Kategori Perempuan
- Story Telling Lelaki (satu kategori sahaja dipertandingkan)

TEMPAT KETIGA
- Tilawah Kategori Perempuan

SAGUHATI
- Rekacipta

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah serta saguhati disempurnakan oleh Yang Berhormat Abu Seman Jahwie, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Jemoreng. Turut hadir pada majlis tersebut, wakil jabatan, Yang Berbahagia Encik Azrul Aidil Philip Abdullah selaku Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak serta Yang Berusaha Pegawai KEMAS Daerah Sarikei juga selaku Pengerusi Pengelola program.

Ucapan Amanat dan Penangguhan oleh Yang Berhormat

Johan Pidato Perempuan menerima hadiah daripada Yang Berhormat


Peserta Tilawah

Peserta Bercerita

Kumpulan Nasyid

 Peserta Rekacipta

 Kumpulan Tarian

Kumpulan Kompang Formasi

Seramai 53 orang kanak-kanak TABIKA mewakili parlimen Batang Sadong, 23 orang pegawai dan staf sementara sebahagian daripada ibu bapa penjaga turut sama hadir memberi sokongan kepada semua peserta Batang Sadong.

 Semasa tiba di tempat penginapan di bandar Sarikei

Sokongan daripada ibu bapa penjaga kanak-kanak TABIKA




Tahniah dan terima kasih