KEMAS VIDEO

Monday, 25 May 2015

SAMBUTAN HARI PENDIDIK, IBU DAN PEKERJA 2015



GEDONG : 16 Mei 2015

Jabatan KEMAS Daerah Simunjan Parlimen Batang Sadong telah mengadakan gabungan Sambutan Hari Pendidik, Hari Ibu dan Hari Pekerja untuk kakitangan dan pegawai KEMAS peringkat parlimen bertempat di Dewan Masyarakat Kpg Gedong pada Sabtu yang lalu 16 Mei 2015. Pelaksanaan majlis sambutan ini merupakan aktiviti tahunan dalam rangka mewujudkan ikatan ukhwah antara kakitangan secara khusus dan pemimpin-pemimpin setempat dan jabatan kerajaan secara amnya.



Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Puan Dayang Monalizawati Bt Awang Ismail, Ketua Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak sekaligus mewakili jabatan untuk menyampaikan ucapan amanat. Turut hadir Puan Lindawati Bt Padiel, Penolong Pengarah Operasi 1 juga dari KEMAS Negeri Sarawak juga Encik Abdul Kadir B Drim selaku Pengerusi Pengelola merangkap Penyelia Kanan KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) dan Pemanca Hj Shara B Enai serta Penghulu Abang Ronee B Abang Saadeli termasuk ketua-ketua masyarakat dan pertubuhan setempat.


Selain simbolik memotong kek sempena Hari Pendidik, majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak oleh beberapa orang pemaju masyarakat. Seterusnya pertukaran hadiah antara yang hadir merupakan acara sisipan pada majlis tersebut.


 



Majlis diteruskan dengan perjumpaan kakitangan bersama ketua jabatan pada sebelah petang bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang.

#KEMASBS mengucapkan Selamat Maju Jaya