GEDONG. 28 Oktober 2014
Setelah mengikuti pembelajaran kelas LEADS
(Literasi Education For Adults Skills) selama 12
minggu daripada KEMAS Batang Sadong, seramai 90 orang peserta (3 buah kelas) telah pun berjaya dan telah di anugerahkan sijil penyertaan pada Majlis Penyampaian Sijil Peserta-peserta Kelas LEADS bagi Kpg. Gedong.
Majlis penyempurnaan telah diadakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Ir Aidel Hj Lariwoo ADUN N.20 Sadong Jaya mewakili Yang Berhormat Datuk Hj MOhd Naroden B Hj Majais, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, sekaligus menyampaian amanat dan penyampaian sijil kepada penerima.
Turut menyampaikan ucapan, Yang Berbahagia Tuan Hj Amiruddin B Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia pada majlis tersebut.
Tuan Hj Amiruddin B Ariffin
Wakil Peserta LEADS menyampaikan ucapan
Para jemputan lain, En Joseph Unsong dari KEMAS Negeri Sarawak, Encik Abang Roni B Abg Sa'adeli, Penghulu Kpg. Gedong, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan pengerusi-pengerusi pertubuhan dan Ngos's sama-sama memeriahkan lagi majlis penyampaian tersebut.
Penyampaian Sijil
Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia membicarakan tugasan peserta LEADS bersama Yang Berhormat Ir Aidel Lariwoo
Antara lain acara dalam majlis tersebut termasuklah beberapa persembahan daripada peserta-peserta ketiga-tiga buah kelas LEADS.
#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Terima kasih
Video LEADS Gedong 2014 : KLIK
No comments:
Post a Comment