Turut hadir Ketua Kaum Kampung Sungai Bilis Mohamad B Napri dan Penyelia Kanan Batang Sadong En Abd Kadir B Drim
Seramai 30 orang peserta daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat Parlimen Petrajaya telah mengadakan kunjungan pada 27 Februari 2014 yang lepas bertempat di Kelas Pendidikan Literasi Fungsian Kpg Sungai Bilis, Sadong Jaya sebagai salah satu aktiviti silaturrahmi antara peserta kelas sekaligus mengeratkan hubungan warga KEMAS amnya selain dapat bertukar-tukar fikiran dan idea dan pengalaman masing-masing. Antara pengisian aktiviti yang diadakan adalah seperti demo kraftangan, pameran hasil gubahan peserta dan berbagai aktiviti lain.