KEMAS VIDEO

Thursday, 30 July 2015

RAMAH TAMAH AIDILFITRI KEMAS DAERAH SIMUNJAN 1436H / 2015M (BATANG SADONG)


Majlis Ramah Tamah Aidilfitri KEMAS Daerah Simunjan 1436H/2015M akan diadakan pada :

Tarikh : Ahad, 2 Ogos 2015 / 17 Syawal 1436H
Tempat : Penview Inn, Kuching
Masa : Bermula jam 9.00 pagi

Tetamu Jemputan Insya Allah hadir :
  • Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Naroden B Hj Majais. Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Simujan
  • Yang Berbahagia tuan Abang Rabaee Bin Abang Muhi, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak
  • Yang Berhormat Ir. Aidel hj Lariwoo, Ahli Dewan Undangan Negeri N.20 Sadong Jaya
  • Yang Berbahagia Tuan Abdul Rahman Sebli Bin Sanusi, Residen Bahagian Samarahan
  • Yang Berbahagia Encik Abdul Khalid Bin Manap, Pegawai Daerah Simunjan
  • Yang Berbahagia Encik Habari Bin Bakar, Pegawai Daerah Asajaya
  • Yang Berbahagia Encik Yaman Madian, Penyelia Kanan KEMAS P.201 Batang Lupar
  • Semua Anggota dan Kakitangan KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong)


                                                                                             

Friday, 29 May 2015

APC 2014 KEMAS BATANG SADONG


Penerima APC 2014 KEMAS Batang Sadong

KUCHING : 23 Mei 2015

Bersempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014, seramai 8 orang pegawai dan kakitangan KEMAS Batang Sadong juga tidak ketinggalan untuk meraih anugerah tersebut. Mereka yang bertuah menerima APC 2014 tersebut ialah :

1. Encik Abdul Kadir B Drim (Penyelia Kanan)
2. Puan Noor Zuraidah Bt Abdul Kadir (Penyelia Pendidikan Masyarakat)
3. Puan Mok Isah Bt Jemari (Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Fungsian)
4. Puan Jamaliah Bt Sinong (Pemaju Masyarakat TABIKA)
5. Puan Eles Bt Abang Nen (Pemaju Masyarakat TABIKA)
6. Puan Rukiah Bt Chee (Pemaju Masyarakat TABIKA)
7. Puan Amalina Bt Bujang Narawai (Pemaju Masyarakat TABIKA)
8. Cik Sylvia Carol George Jamu (Pemaju Masyarakat TASKA)

Penerima APC 2014 Merakamkan Gambar Kenangan

Hadir merasmi dan menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Encik Hassan B Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan, KEMAS Malaysia. Turut hadir Yang Berusaha Encik Abang Rabaee Bin Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak juga pegawai-pegawai KEMAS Negeri Sarawak serta sebahagian jemputan-jemputan pegawai dan kakitangan KEMAS diperingkat kawasan seluruh Sarawak.


 Ucapan Aluan Pengarah KEMAS Negeri

 Ucapan Amanat Timbalan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia


PENERIMA APC 2014 KEMAS BATANG SADONG









GAMBAR KENANGAN



Lagi foto di : https://www.facebook.com/kemas.simunjan/media_set?set=a.1616224295320734.100007995372489&type=3 atau KLIK DI SINI

KEMASBS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya

Monday, 25 May 2015

SAMBUTAN HARI PENDIDIK, IBU DAN PEKERJA 2015



GEDONG : 16 Mei 2015

Jabatan KEMAS Daerah Simunjan Parlimen Batang Sadong telah mengadakan gabungan Sambutan Hari Pendidik, Hari Ibu dan Hari Pekerja untuk kakitangan dan pegawai KEMAS peringkat parlimen bertempat di Dewan Masyarakat Kpg Gedong pada Sabtu yang lalu 16 Mei 2015. Pelaksanaan majlis sambutan ini merupakan aktiviti tahunan dalam rangka mewujudkan ikatan ukhwah antara kakitangan secara khusus dan pemimpin-pemimpin setempat dan jabatan kerajaan secara amnya.



Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Puan Dayang Monalizawati Bt Awang Ismail, Ketua Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak sekaligus mewakili jabatan untuk menyampaikan ucapan amanat. Turut hadir Puan Lindawati Bt Padiel, Penolong Pengarah Operasi 1 juga dari KEMAS Negeri Sarawak juga Encik Abdul Kadir B Drim selaku Pengerusi Pengelola merangkap Penyelia Kanan KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) dan Pemanca Hj Shara B Enai serta Penghulu Abang Ronee B Abang Saadeli termasuk ketua-ketua masyarakat dan pertubuhan setempat.


Selain simbolik memotong kek sempena Hari Pendidik, majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak oleh beberapa orang pemaju masyarakat. Seterusnya pertukaran hadiah antara yang hadir merupakan acara sisipan pada majlis tersebut.


 



Majlis diteruskan dengan perjumpaan kakitangan bersama ketua jabatan pada sebelah petang bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang.

#KEMASBS mengucapkan Selamat Maju Jaya


Tuesday, 31 March 2015

KEMAS DI SEMARAK SASTERA DBP 2015


GEDONG : Penglibatan beberapa buah TABIKA KEMAS Batang Sadong yang terpilih sekaligus memenangi acara pertandingan mewarna dan tarian tradisional kanak-kanak telah menyerikan lagi program Semarak Sastera 2015 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sarawak yag telah diadakan bermula 26 Mac 2015 dan berakhir pada 29 Mac 2015 bertempat di Kampung Gedong. Pelbagai acara pertandingan pelbagai kategori dan beberapa persembahan telah diadakan melibatkan beberapa agensi-agensi kerajaan termasuk juga penglibatan daripada masyarakat setempat.


 PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL


PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK




IBU BAPA KANAK-KANAK TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN PERTANDINGAN MEWARNA
 PERSEMBAHAN PEMENANG 



Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Naroden B Hj Majais ADUN N.21 Simunjan pada 25 Mac 2015 manakala majlis penangguhan dan penyampaian hadiah pada 29 Mac 2015 disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Kamaruddin Affendi selaku Setiausaha Politik Yang Berhormat Parlimen sekaligus mewakili Yang Berhormat Hajah Nancy Hj Shukri.

PENYAMPAIAN HADIAH 




Antara tetamu yang hadir pada majlis penangguhan ialah Yang Berbahagia Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Pemanca, Yang Berbahagia Penghulu Gedong serta ketua-ketua dan wakil jabatan dan juga ketua-ketua masyarakat berdekatan.


PERJUMPAAN BULANAN KEMAS DAERAH SIMUNJAN (Batang Sadong) 2015


BATANG SADONG : Perjumpaan bulanan kakitangan KEMAS Daerah Simunjan Batang Sadong pada kali ini telah diadakan mengikut zon iaitu Zon Sadong Jaya pada 27 Mac 2015 (Jumaat) bertempat di Bangunan TABIKA KEMAS Kampung Pelandok Laut. Manakala bagi Zon Simunjan/Gedong pula bermula pada 30 Mac 2015 (Isnin) di Dewan Masyarakat Kampung Gedong. Dua siri perjumpaan ini diadakan pada sebelah petang bermula sekitar jam 2.00 petang dan berkahir pada jam 5.30 petang.

Antara lain pengisian perjumpaan pada kali ini adalah untuk mendengar beberapa amanat daripada Yang Berbahagia Encik Abdul Kadir B Drim selaku Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Batang Sadong merangkumi urustadbir pejabat, kewangan dan aset dan sedikit sebanyak berkenaan dengan tatanegara. Turut diperpanjangkan oleh beliau ialah beberapa input yang diamanahkan daripada Yang Berbahagia Dato Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan juga daripada Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia. Selain daripada itu, beberapa makluman juga berkenaan gerakkerja terdekat turut dikongsi bersama oleh penyelia-penyelia pelbagai jurusan dan unit.

Perjumpaan kali ini turut disertai oleh Pemaju Masyarakat Khas yang baru menerima perlantikan untuk berkhidmat di Pejabat KEMAS Batang Sadong dan juga dua orang pelatih SPAK TABIKA KEMAS.

ZON SADONG JAYA









ZON SIMUNJAN/GEDONG




#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri perjumpaan kali ini dan mengharapkan amanat yang telah disampaikan dapat dihayati dan diimplimentasikan di peringkat kawasan masing-masing.