KEMAS VIDEO

Tuesday, 31 March 2015

PERJUMPAAN BULANAN KEMAS DAERAH SIMUNJAN (Batang Sadong) 2015


BATANG SADONG : Perjumpaan bulanan kakitangan KEMAS Daerah Simunjan Batang Sadong pada kali ini telah diadakan mengikut zon iaitu Zon Sadong Jaya pada 27 Mac 2015 (Jumaat) bertempat di Bangunan TABIKA KEMAS Kampung Pelandok Laut. Manakala bagi Zon Simunjan/Gedong pula bermula pada 30 Mac 2015 (Isnin) di Dewan Masyarakat Kampung Gedong. Dua siri perjumpaan ini diadakan pada sebelah petang bermula sekitar jam 2.00 petang dan berkahir pada jam 5.30 petang.

Antara lain pengisian perjumpaan pada kali ini adalah untuk mendengar beberapa amanat daripada Yang Berbahagia Encik Abdul Kadir B Drim selaku Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Batang Sadong merangkumi urustadbir pejabat, kewangan dan aset dan sedikit sebanyak berkenaan dengan tatanegara. Turut diperpanjangkan oleh beliau ialah beberapa input yang diamanahkan daripada Yang Berbahagia Dato Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan juga daripada Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia. Selain daripada itu, beberapa makluman juga berkenaan gerakkerja terdekat turut dikongsi bersama oleh penyelia-penyelia pelbagai jurusan dan unit.

Perjumpaan kali ini turut disertai oleh Pemaju Masyarakat Khas yang baru menerima perlantikan untuk berkhidmat di Pejabat KEMAS Batang Sadong dan juga dua orang pelatih SPAK TABIKA KEMAS.

ZON SADONG JAYA









ZON SIMUNJAN/GEDONG




#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri perjumpaan kali ini dan mengharapkan amanat yang telah disampaikan dapat dihayati dan diimplimentasikan di peringkat kawasan masing-masing.

Thursday, 5 February 2015

MAJLIS BACAAN IKRAR DAN TAKLIMAT 2015


DEWAN MASYARAKAT KAMPUNG TERASI ULU : 4 JANUARI 2014 

Satu perjumpaan anggota dan kakitangan KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) telah diadakan dalam melaksanakan program pembacaan ikrar perkhidmatan awam sekaligus ikrar integriti KKLW bagi tahun 2015. Pembacaan ikrar diketuai oleh Encik Ahmad Tarmimi B Sajeli dan diikuti oleh seramai 70 orang kakitangan pelbagai jurusan dan gred. 


Turut sama pada majlis tersebut, pegawai-pegawai dari Pejabat KEMAS Negeri Sarawak memenuhi sisipan aturcara program dalam membentangkan dan memberi input berhubungkait dengan beberapa proses gerakkerja jabatan iaitu :
1. Pengurusan Aset Alih Kerajaan - Puan Lavinia Kobit
2. Penyediaan Tuntutan Perjalanan - Encik Rambler Kadir
3. Proses Sewaan Premis (TABIKA/TASKA) - Encik Ismanto Ngadiman





Majlis bermula sekitar jam 12.30 tenghari dengan pembacaan ikrar seterusnya ucapan amanat oleh Yang Berusaha Encik Abdul Kadir Bin Drim (Penyelia Kanan Parlimen Batang Sadong) disusuli oleh taklimat oleh pegawai KEMAS Negeri dan berakhirnya majlis sekitar jam 5.00 petang.












#KEMASBS merakamkan jutaan terima kasih kepada KEMAS Negeri Sarawak serta semua kakitangan dan anggota KEAMS Daerah Simunjan (Batang Sadong) dalam melaksanakan program kali ini. Moga segala input yang diterima dapat diaplikasikan dengan sewajarnya.

Wednesday, 7 January 2015

BENGKEL PEMURNIAN FAIL MEJA 2015




GEDONG : 6 Januari 2015
Selaras dengan saranan daripada pengurusan tertinggi jabatan, KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) telah mengambil langkah inisiatif sesuai dengan permulaan tahun baru 2015 dalam melaksanakan satu bengkel pemurnian sekaligus penambahbaikkan dokumentasi Fail Meja.

Bengkel ini yang telah dihadiri oleh seramai 60 orang kakitangan KEMAS Daerah Simunjan pelbagai jurusan dan pelbagai gred, telah dikendalikan oleh Encik Abdul Kadir B Drim selaku Penyelia Kanan Parlimen kawasan Batang Sadong bermula sekitar jam 9.oo pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang.

Antara pengisian yang telah diadakan merangkumi sesi taklimat dan penerangan khusus tentang Fail Meja dan sedikit berkenaan Manual Prosuder Kerja. Selain itu, penyemakan dan penambahbaikkan deraf Fail Meja mengikut unit juga dilakukan dan dimurnikan oleh setiap pegawai masing-masing.







#KEMASBS merakamkan selamat maju jaya kepada semua pegawai dan kakitangan. Dan selamat menempuh tahun 2015  

Tuesday, 23 December 2014

PROGRAM MEMPERKASA TARAF HIDUP - Bahagian Pendidikan Masyarakat

Encik Abdul Kadir B Drim selaku pengerusi pengelola program menyampaikan cenderahati kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Abang Rabaee B Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Ustaz Salihin Abd Latif, Tuan Haji Pouzi B Abeng (Ketua Kaum Kpg Pelandok Laut) dan Puan Raodah Hj Taim

KAMPUNG PELANDOK LAUT : 18 DISEMBER 2014
KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong) melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) telah melaksanakan program Memperkasa Taraf Hidup selama satu hari bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Pelandok Laut. Program ini yang melibatkan seramai 225 orang kehadiran terdiri daripada peserta-peserta kelas aktiviti KEMAS dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Bina Insan, Jawatankuasa dan ibubapa kanak-kanak TABIKA TASKA, kakitangan KEMAS Batang Sadong dan juga penduduk-penduduk setempat telah diberi beberapa pengisian program. Antaranya ialah : 

Demonstrasi Pagi
  • -Demonstrasi Masakan Nasi Bariyani Ayam
  • -Demonstrasi Ayam Percik
  • -Demonstrasi "Chicken Chop"






Demonstrasi Pagi

Demonstrasi Petang
  • -Demonstrasi Donat Pelbagai Bentuk 1 Malaysia
  • -Demonstrasi Jus Tembikai
 Taklimat Program




Demonstrasi Petang

Manakala pada sebelah petangnya pula demonstrasi masakan diadakan sambil disaksikan oleh Yang Berbahagia Pengarah KEMAS dan sejurus selepas itu, ceramah dan taklimat GST pula telah disampaikan oleh beliau. Antara objektif program adalah :

  • -Meningkatkan kemahiran peserta aktiviti KEMAS khususnya dalam bidang masakan pelbagai, daripada yang sedia ada kepada lebih mahir dan mendalam
  • -Memberi impak khusus dalam melaksanakan pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang ekonomi
  • -Memberi pendedahan dan maklumat sebenar dalam pelaksanaan GST yang akan datang
  • -Memberi penghargaan dan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti KEMAS


Ceramah dan Taklimat GST

Turut diadakan pada program kali ini ialah, Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penghargaan kepada peserta-peserta kelas aktiviti KEMAS BPM yang melibatkan seramai 50 orang peserta iaitu :

  • -Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS Kpg. Sg.Bundong, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS Kpg. Rangkang, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Kpg. Sadong Jaya Ulu, Sadong  Jaya
  • -Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Kpg. Iboi Tengah, Sadong  Jaya
 Ucapan Amanat Pengarah

Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola

Penyampaian Sijil kepada peserta


Penyampaian Cenderahati Pengarah







#KEMAS BS mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program