KEMAS VIDEO

Saturday, 5 April 2014

KURSUS "MOT" INSPIRASI DAKWAH KEMAS BINA INSAN MALAYSIA


Kuantan : Seramai 78 orang terdiri daripada Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan Malaysia yang terpilih telah mengikuti Kursus Inspirasi Dakwah KEMAS Malaysia yang mana telah diadakan bermula 31 Mac hingga 3 April 2014 bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuantan Pahang. Kursus yang telah diadakan ini merupakan siri 1 dan rentetan daripada itu (berdasarkan perancangan) akan disusuli dengan siri 2, 3 dan 4. High Step Consultant merupakan agensi pemudah cara dan sebagai fasilitator sepenuhnya dalam program ini di bawah kelolaan Yang Berbahagia Ustaz Elyas Ismail. Turut sama dalam slot aktiviti iaitu Encik Fazly UNIC personaliti TV Al Hijrah. 

Ustaz Elyas Ismail dari High Step Consultant
(Penampilan Media : Tanyalah Ustaz - TV9, Bismillah - TV3, Muhasabah Diri - TV Al Hijrah)

Fazli UNIC 
(Personaliti TV Al Hijrah, Pengarah Urusan UNIC Production)

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan tentang kaedah teori sebagai pendakwah yang berinspirasi. Ini merupakan lanjutan program kursus pendakwah magnetik yang lepas di mana lebih memberi fokus kepada praktikal berdakwah di hadapan audian maupun depan kamera. Selain daripada itu, kursus ini juga adalah sebagai jalan perintis dalam mewujudkan group master trainers Unit Bina KEMAS Malaysia seterusnya sebagai "Key Personal" di peringkat negeri untuk semua warga Bina Insan di negeri masing-masing. Antara lain matlamat kursus ialah agar mampu memberi pendekatan dakwah di kalangan warga Bina Insan secara lebih efektif dan berkesan serta diterimapakai oleh semua peringkat golongan kumpulan sasar.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengetua ILK Kuantan Pahang dan turut hadir Penolong Pengarah Bina Insan KEMAS Malaysia

Terima kasih kepada Bina Insan KEMAS Putrajaya atas penganjuran kursus tersebut. Terutama kepada barisan urusetia diketuai oleh Encik Mohd Shahrul Syafiq B Daud (Pegawai Operasi Bina Insan KEMAS Malaysia)

# Lagi gambar aktiviti DI SINI

p/s Berpeluang bertegur sapa bersama peserta SPAK (TASKA) dari Parlimen Batang Sadong Simunjan

Friday, 4 April 2014

BENGKEL DWI MINGGUAN - MODUL AGAMA ISLAM PRA SEKOLAH

Bengkel dwi mingguan pra sekolah bertempat di TABIKA Kpg Tengah Gedong telah diadakan pada 21 Mac yang lepas kali ini membawa kepada pengisian modul agama pra sekolah. Penglibatan bengkel adalah terdiri daripada kesemua Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA Batang Sadong.






BENGKEL PENGEMASKINIAN PROFAIL KAMPUNG - ZON SIMUNJAN


Bengkel pengemaskinian profail kampung zon simunjan telah diadakan di TABIKA Kpg. Nanas C pada 3 April 2014 yang lepas. Turut hadir PKP Batang Sadong Encik Abd Kadir B Drim




Friday, 28 March 2014

TABIKA KEMAS KPG PELANDOK KE TUDM

 

Khamis 28 Mac 2014 : Seramai 102 orang peserta lawatan termasuk kanak-kanak TABIKA KEMAS Kpg. Pelandok Laut, Sadng Jaya beserta Jawatankuasa TABIKA serta ibubapa penjaga kanak-kanak telah mengadakan lawatan ke TUDM Kuching. Program lawatan ini antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu sendiri serta memberikan pengalaman kepada mereka sekaligus dapat menggerakkan dan melibatkan jawatankuasa dalam aktiviti KEMAS.
 
Lawatan yang dianjurkan ini di bawah bimbingan Pemaju Masyarakat Puan Rapidah Daud. Turut hadir pengerusi TABIKA KEMAS Kpg Pelandok Laut, Encik Yaakup Lopo


 
 

Thursday, 27 March 2014

KOSPEN PERINGKAT NEGERI SARAWAK


Pelancaran KOSPEN Peringkat Negeri Sarawak di Kapit
 



ROMBONGAN LAWATAN BPM PETRAJAYA

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Sungai Bilis Mohamad B Napri dan Penyelia Kanan Batang Sadong En Abd Kadir B Drim

Seramai 30 orang peserta daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat Parlimen Petrajaya telah mengadakan kunjungan pada 27 Februari 2014 yang lepas bertempat di Kelas Pendidikan Literasi Fungsian Kpg Sungai Bilis, Sadong Jaya sebagai salah satu aktiviti silaturrahmi antara peserta kelas sekaligus mengeratkan hubungan warga KEMAS amnya selain dapat bertukar-tukar fikiran dan idea dan pengalaman masing-masing. Antara pengisian aktiviti yang diadakan adalah seperti demo kraftangan, pameran hasil gubahan peserta dan berbagai aktiviti lain.




BENGKEL PENGEMASKINIAN PROFAIL KAMPUNG SIRI 1/2014 - ZON GEDONG


Bengkel pengemaskinian profail kampung zon gedong bagi parlimen batang sadong. Bengkel siri 1 ini dikendalikan oleh Encik Terzudin Kiprawi dibantu oleh Encik Ahmad Tarmimi serta Encik Rosdi Sejeli bertempat di Pusat Kemahiran Jahitan Kpg Lalang Gedong pada 27 Mac 2014