KEMAS VIDEO

Monday, 26 May 2014

BENGKEL DWI BULANAN BINA INSAN ZON 2



KOTA SAMARAHAN, 26 MEI 2014

Bengkel Dwi Bulanan Unit Bina Insan Zon 2 Samarahan melibatkan 4 parlimen iaitu Batang Lupar, Batang Sadong, Serian dan Kota Samarahan yang mana merupakan satu aktiviti bulanan Unit Bina Insan telah diadakan Di Kelas Bina Insan Kpg Meranek, Samarahan.
Bengkel yang diadakan ini melibatkan penyelia dan pemaju masyarakat Bina Insan dari 4 parlimen, antara lainnya membincangkan permasalahan diperingkat kelas samada dari sudut metod pengajaran dan pembelajaran mahupun penambahbaikkan unit tersebut dari segi personel juga secara holistik di peringkat zon 2.



Dalam pada itu juga isu masalah berbangkit dari peserta khususnya dan masyarakat secara amnya turut dibincangkan dan kaedah menanganinya dibincangkn juga bersama.
Bengkel yang diadakan ini akan diteruskan secara berkala pada setiap bulan sekaligus memenuhi hasrat dan juga objektif jabatan diperingkat negeri mahupun diperingkat ibu pejabat Putrajaya.


MESYUARAT KAKITANGAN DAN SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2014


KUCHING, 25 MEI2014

Mesyuarat kakitangan KEMAS Daerah Simunjan, Batang Sadong telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Mei 2014 bermula jam 100 ptg, bertempat di Royalist 2 Hall, Regency Rajah Court Kuching.
Mesyuarat yang melibatkan seramai 71 orang termasuk 7 orang penyelia dan selebihnya merupakan pemaju dan pembantu masyarakat telah dipengerusikan oleh En Abdul Kadir Drim, selaku Penyelia Kanan Parlimen.
Antara agenda yang dibentangkan adalah tugas yang perlu dititikberatkan dan dipertinggkatkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu beberapa amanat daripada Dato Ketua Pengarah dan juga Pengarah KEMAS Negeri turut disampaikan oleh beliau. Pembentangan dan pelaporan daripada penyelia pelbagai unit untuk suku tahun per-1 dan ke-2 turut diadakan.


Sebelum itu, pada sebelah paginya, satu majlis Sambutan Hari Pendidik 2014 khusus pada warga KEMAS Batang Sadong telah diadakan sekaligus antara objektifnya memberi penghargaan kepada semua kakitangan sepanjang menjalankan tugas dan juga mengeratkan silaturrahmi antara satu sama lain. Dalam pada itu juga, penghargaan kepada penerima APC 2009-2013 turut diadakan khusus utk peringkat parlimen. Simbolik Sambutan Hari Pendidik 2014 dengan acara memotong kek sambutan serta deklamasi sajak juga disisipkan dalam program tersebut selain sesi bergambar bersama untuk semua yang hadir.



Turut menyerikan sepanjang program tersebut iaitu Yang Berhormat Ir. Aidel Lariwoo ADUN N.20 Sadong Jaya dan juga wakil pengarah KEMAS negeri, En. Azrul Aidi Philip Abdullah.



Thursday, 22 May 2014

PLOT 1 : BINA INSAN KELAS SAGENG HULU SEMPENA HARI GURU DAN HARI IBU


SAGENG HULU, 22 Mei 2014

Aktiviti ko kurikulum bagi kelas Bina Insan Kpg Sageng Hulu,
Simunjan telah dilaksanakan pada Khamis 22 Mei 2014 bersempena Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu yang lepas. Pelaksanaan aktiviti di peringkat kelas ini yang melibatkan peserta kelas Bina Insan Sageng Hulu dalam memberi pendedahan kepada peserta kelas telah diadakan bertempat di Surau Darul Kpg Sageng Hulu bermula jam 800 pagi hingga ke tengahari pada hari yang sama.
 

Antara pengisian aktiviti melibatkan bacaan dan hafazan surah lazim, penulisan jawi juga disamping sesi diskusi antara para peserta kelas. Seramai 8 orang peserta daripada 25 orang peserta kelas keseluruhan telah melibatkan diri dalam bacaan dan hafazan serta 6 orang dalam penulisan jawi. Turut hadir dalam aktiviti tersebut Pengerusi Surau Tn Morshidi dan juga jawatankuasa surau serta Penyelia Bina insan KEMAS Batang Sadong.


Saturday, 17 May 2014

BENGKEL PEMANTAPAN TUGAS DAN PROFESIONALISME PEMAJU MASYARAKAT DAERAH SIMUNJAN

                            Cenderamata kepada pengarah         Cenderamata kepada En Kumpang

SIMUNJAN : Pelaksanaan Bengkel Pemantapan Tugas dan Profesionalisme telah diadakan dengan jayanya pada 17 Mei 2014 bertampat di Dewan Setia Simunjan yang mana melibatkan seramai 150 orang kakitangan terdiri daripada Pelbagai Jurusan Pemaju Masyarakat dan Penyelia KEMAS bagi Parlimen Batang Sadong dan Batang Lupar.

                        
Antara pengisian bengkel pada sebelah pagi, taklimat serta ceramah berkaitan dengan peranan dan tugas yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan KEMAS secara amnya. Fasilitator yang dijemput khas daripada Pejabat KEMAS Negeri iaitu Encik Hasli Drahman dan dibantu oleh Encik Kumpang ak Datuk Tutong (Penyelia Kanan Parlimen Lubuk Antu). Juga disisipkan gerak kerja serta pembentangan kumpulan.

                             Cenderamata kpeada En Hasli           Pengarah menyampaikan ucapan

Penangguhan bengkel sekaligus penyampaian amanat telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Abang Rabaee B Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak sekitar jam 4.00 petang.


Sunday, 11 May 2014

PLOT 2 : UJIAN PRA / POST LEADS GEDONG, BATANG SADONG


GEDONG : Jumaat, 19 April 2014

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada artikel sebelum ini dalam ruangan PLOT 1 (atau boleh klik DI SINI) sesi pengambilan peserta LEADS Gedong 2014 telah dilaksanakan. Metodologi yang digunakan dalam pemilihan peserta yang berkelayakan adalah dengan mengadakan Ujian Pra / Post kepada semua yang hadir bertempat di tiga ruang kelas LEADS yang disediakan di bangunan lama SK Abg Kadir, Gedong. Setiap ruang kelas akan menempatkan seramai 30 orang peserta LEADS yang layak selepas ujian dan menjadikan keseluruhan peserta seramai 90 orang.


Ujian Pra / Post peserta LEADS di kendalikan oleh tenaga pengajar yang telah dilantik dan dibantu oleh beberapa orang Pemaju Masyarakat daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Batang Sadong.


Minggu pertama pelaksanaan kelas LEADS akan mula beroperasi pada 12 April 2014, Isnin dan disusuli pada hari Selasa dan Rabu. Secara rumusannya kelas akan diadakan 3 kali seminggu pada sebelah petang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang selama 12 minggu berturut-turut.

# KEMAS BS Blogger mengucapkan selamat menuntut ilmu kepada semua peserta LEADS yang terpilih. Moga berjaya mencapai objektif dan matlamat demi kemajuan diri dan juga masyarakat amnya.




Friday, 2 May 2014

PENERIMA APC 2013 KEMAS BATANG SADONG


Auditorium MBKS Kuching, 2 Mei 2014

Seramai 9 orang kakitangan KEMAS Parlimen Batang Sadong telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 yang mana telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) sekaligus mewakili Yang Berhormat Dato' Seri Hj Mohd Shafie B Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan wilayah (KKLW). Penerima APC yang bertuah tersebut ialah (gambar di atas, kiri ke kanan) Pn Asmah Bt Senawi (S27) PM TBK Kpg Tengah Gedong, Pn Jamaih Hj Sapawi (S17) PM TBK Kpg Tengah Gedong, Pn Saptuyah Bt Unus (S17) PM PK kpg Lallang Gedong, Pn Fatimah Joli (S17) PM TBK Kpg Nanas Simunjan, En Masri Hj Jeman (s17) Penyelia 3P, Pn Nur Syathila Bt Ismawi (S27) Pm TBK Kpg Semera, Pn Melati Ali (s17) PM Taska Kpg Ensengei Melayu, pn Mariah Bt Hj Merikan (S17) Penyelia PDP dan Pn Salhah Bt Hj Merikan (S17) Pm Bina Insan (Turut sama bergambar, Tengah :En Abd Kadir Drim, Penyelia Kanan Batang Sadong)


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 bagi kakitangan KEMAS Sarawak telah dirasmikandengan jayanya oleh Yang Berhormat Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Turut sama hadir pada majlis tersebut iaitu Yang Berbahagia Dato' Hassan B Mohd Amin, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan juga yang Berbahagia Encik Abang Rabaee B Abang Muhi, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak.





Majis APC KEMAS 2013 pada kali ini telah menganugerahkan gelaran APC kepada:

Penolong Pegawai pembanguna Masyarakat S27 (Tetap) : 2 orang
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 (Tetap) : 2 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Penyelia Kanan) S22 (Kontrak) : 2 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Penyelia) S17 (Kontrak) : 13 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PM TABIKA) S27 (Kontrak) : 52 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PM TABIKA) S17 dan N11 (Kontrak) : 65 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PM TASKA) S17 dan N11 (Kontrak) : 6 orang
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PM Pelbagai jurusan) S17 dan N11 (Kontrak) : 23 orang
Pembantu Pemaju Masyarakat TABIKA N1 (Kontrak) : 7 orang
Pesara KEMAS Sarawak 2014 : 5 orang

Persembahan koir KEMAS Daerah Kuching turut menyerikan majlis tersebut.

 Sebahagian daripada penerima APC KEMAS 2013

Penerima APC KEMAS 2013 merakamkan gambar kenangan bersama Yang Berhormat Timbala Menteri, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak

# KEMAS BS Blogger merakamkan tahniah kepada semua penerima APC 2013 dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dato' KP, Pengarah Negeri dan semua jawatankuasa penglelola Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KEMAS 2013.